“Kalau Sayang Suami Pakai Tudung,” – Pesanan Abby Abadi Buat Memey Suhaiza, Segar Dalam Ingatan

Tiada apa yang lebih bermakna bagi seorang isteri apabila mendapat kasih sayang dari ahli keluarga lainnya, meski suatu ketika dahulu d1ri pernah terpalit kisah hitam yang mencetuskan sensasi.

Barangkali itulah situasi yang dihadapi Memey Suhaiza yang kini harmoni melayari bahtera perkahwinan bersama Norman Hakim, hampir sepuluh tahun lalu.

Menerusi sesi pertemuan keluarga besarnya termasuk Abby Abadi dan anak-anak t1rinya bersama Ebit Lew tidak lama dulu, bintang ini ada berkongsi luahan rasa.

Kongsi Memey dia sangat bersyukur atas rahmatNya kini dalam menjadi individu yang lebih baik dari sebelumnya.

“Syukur, saya dari kecil dibesarkan dengan limpahan kasih sayang dari kedua ibu bapa. Alhamdulillah antara nikmat terbesar yang diberikan dalam keluarga ini adalah banyak sangat kasih sayang.

“Saya tahu, ramai yang tahu kisah kami meski tak secara detail, tapi ramai yang tahu. Sampai sekarang ada yang tanya macam mana boleh baik, bahagia macam ni. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Bagi saya inilah nikmat dari Allah.

“Saya masih ingat lagi satu momen ketika kami sebelum sebaik ini, ketika pertama kali jumpa Abby, dia kata kalau sayangkan suami pakai tudung. Dia peluk saya dan ketika itu kami belum pun bertegur lagi kerana masih dalam situasi buat hal masing-masing,” turut Memey dalam sebak.

Merakam memori, Memey send1ri tidak menafikan pesan yang disampaikan pelakon Gerak Khas itu memberi kesan besar buat d1rinya sehingga ke hari ini.

“Sebenarnya pesanan itu berika kesan pada saya kerana suami ketika itu memberi kelonggaran meski dia send1ri memang mahu saya kenakan tudung. Sebab saya fikir lagi mengenai kerjaya seni. Tapi ya, ia beri kesan dan saya selalu berfikir.

“Alhamdulillah suami sangat beri tunjuk ajar dan jadi role model, termasuk dalam solat. Saya berada dalam keluarga ini ibarat suatu rahmat yang sangat besar. Anak-anak pun semua baik belaka.

Setiap orang ada ujian yang berbeza-beza untuk dekatkan d1ri dengan Allah. Di balik apa yang berlaku dalam kehidupan saya, Abby antaranya baik sangat dengan saya, syukur dengan adanya suami dan anak-anak juga,” katanya seperti yang dipetik.

Sekadar imbasan, Norman dan Abby bercer4i pada 2006. Menerusi perkahwinan tersebut, mereka memiliki tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11.

Kemudian, Norman mend1rikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza pada 24 September 2011 dan turut dikurniakan tiga orang cahaya mata, dua lelaki dan seorang perempuan, Muhammad Darwisz Hakim, 6, Muhammad Dikhriz Hakim, 4, dan Mikayla Delisha Hakim, 11 bulan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat mlm❤️

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Foto: Instagram Memey Suhaiza

Sumber : Media Hiburan

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Kalau Sayang Suami Pakai Tudung,” – Pesanan Abby Abadi Buat Memey Suhaiza, Segar Dalam Ingatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*