Pengarah Filem ‘Kuch Kuch Hota Hai’ Akui Cerita Ditulisnya Tak Masuk Akal

Kuch Kuch Hota Hai adalah filem hindustan klasik yang paling digemari orang ramai. Walaupun telah berapa kali ditonton, setiap kali filem itu ditayangkan ramai yang pasti akan duduk setia di hadapan TV.

Namun banyak perkara yang diketengahkan di dalam filem itu jika difikirkan semula, agak meng4rut dan tidak masuk akal. Tidak kurang juga idea-idea neg4tif yang membuatkan orang zaman sekarang tidak dapat mengambil pakai mesej yang disampaikan oleh filem itu.

Lebih menarik, penulis dan pengarah filem itu send1ri, Karan Johar mengakui penulisannya agak merapu dan dia juga tidak dapat menjelaskan banyak persoalan-persoalan yang timbul berikutan kejayaan filem itu.

Antara persoalan yang ditanyakan kepadanya adalah ‘apakah pekerjaan Rahul dalam filem itu’. Apabila dia menjawab ahli perniagaan, dia disoal pula ‘perniagaan apa yang memberikan watak SRK itu begitu banyak masa sehingga dia boleh pergi ke kem musim panas sehingga sebulan?’

Selain itu, orang ramai juga mempersoalkan mengapa ketika Anjali berambut pendek dia dianggap tidak lawa oleh Rahul, tetapi apabila dia berambut panjang dan memakai saree, tiba-tiba dia kelihatan cantik di mata Rahul?

Tambahan pula, Tina meminta anaknya yang berusia 8 tahun untuk menyatukan Rahul dan Anjali setelah dia meningg4l dunia juga agak tidak logik.

Sementara itu, babak di mana Rahul menggelakkan Anjali apabila dia cuba berpakaian feminin turut membuat penonton geram kerana bukankah Rahul sepatutnya menyokong ‘kawan baik’nya itu?

Dibelenggu persoalan-persoalan ini, Karan Johar akhirnya mengatakan bahawa dia hanya berusia 24 tahun ketika menghasilkan Kuch Kuch Hota Hai, jadi dia send1ri tidak tahu mengapa dia menulis cerita seperti itu, dan dari mana datangnya idea-idea tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Scoop WhoopVagabomb via HCL

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pengarah Filem ‘Kuch Kuch Hota Hai’ Akui Cerita Ditulisnya Tak Masuk Akal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*