[FOTO] Cantik & Bergaya Seperti Bosnya, Pembantu Peribadi Nia Ramadhani Jadi Tumpuan

Aktres Indonesia Nia Ramadhani sekali lagi mencuri tumpuan namun kali ini bukan kerana kemewahannya tetapi kerana kecantikan pembantu peribadinya.

Menggalas jawatan sebagai pembantu peribadi dan merangkap pengurus, si cantik ini dikenali sebagai Theresa Weinathan.

Kerap muncul di dalam laman sosial Nia Ramadhani membuatkan Theresa semakin dikenali dan mencuri tumpuan peminat Nia.

Gadis berwajah eksotik ini sudah memasuki tahun ketiga bekerja bersama Nia.

“Kerja saya memang menuntut saya memanjakan dia. Tidak hanya manja, saya turut menguruskan dia daripada A sampailah Z.

“Hidup dia, saya bantuin,” katanya menerusi satu temubual bersama Trans TV.

Lahir pada 4 November 1991, gadis ini begitu akrab bersama majikannya dan turut sering dilihat menyertai ‘girls squad’ Nia dan teman-temannya.

Malah, Theresa pernah digosipkan sebagai madu kepada Nia dan isteri kedua Ardi Bakrie.

Namun, Nia menerusi satu rakaman Insta Storynya ketawa dan menyangkal dakwaan itu.

Theresa kini mempunyai 175,000 ribu pengikut di Instagramnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "[FOTO] Cantik & Bergaya Seperti Bosnya, Pembantu Peribadi Nia Ramadhani Jadi Tumpuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*