Paling Bahagia Mendapat Syafaat Rasulullah SAW Di Akhirat Kelak

Dari Abu Hurairah r.a, katanya, ” Saya bertanya kepada Rasulullah saw.,

“Wahai Rasulullah, siapkah yang paling bahagia pada hari ki4m4t melalui syafaatmu?

Rasulullah menjawab, “Wahai Abu Hurairah, setelah aku melihat kesungguhanmu terhadap hadis, aku mengira bahawa tidak ada seorang pun yang bertanya hal ini sebelum kamu.

lalu Rasulllah bersabda, ” Yang paling bahagia dengan memperoleh syafaatku pada hari ki4m4t kelak ialah orang yang mengucapkan kalimah ‘laa ilaaha illallaah’ dengan hati yang ikhlas”.

-( HR Bukhari)

memperolehi taufik illahi yang memberikan manusia ke arah kebaikan itulah ynag dinamakan sa’adah (kebahgiaan) .Orang yang mengucap kan kalimah yang ikhlas maka dialah yang lebih berhak untuk mendapatkan manfaat dari syafaat itu.

Syfaat Nabi pada hari ki4m4t adalah 6 perkara:

1. Syafaat untuk melepaskan dari berbagai kesuk4ran di Padang Mahsyar.

2. Syafaat untuk meringankan 4zab bagi orang k4fir tertentu. Sebagaimana yang diterangkan dalam hadis sahih mengenai Abu Talib (bapa saudara Nabi saw)

3. Syafaat untuk mengeluarkan sebahagian orang mukmin yang telah dilemparkan ke dalam ner4ka jah4nam.

4. Syafaat untuk memohon keampunan bagi sebahagian orang mukmin yang akan dilemparkan ke ner4ka disebabkan amal-amal bvruknya, supaya mereka diselamatkan darinya.

5.Syafaat untuk sebahagian orang mukmin supaya mereka dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab.

6. Syafaat bagi sekalian orang-orang yang beriman supaya darjat mereka ditinggikan.

 

 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Nasihatustazz

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Paling Bahagia Mendapat Syafaat Rasulullah SAW Di Akhirat Kelak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*