”Nama Saya Azizah Juga Tapi..”- ‘Pickupline’ Permaisuri Buat Ramai Terhibur

Raja Permaisuri Agong kesayangan rakyat jelata, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya dikenali sebagai kerabat diraja yang mempunyai keperibadian yang sangat cantik dan merendah d1ri.

Tidak hairanlah apabila perkongsian Raja Permaisuri Agong di media sosial sering mendapat perhatian rata-rata warganet. Kehidupan peribadi yang dikongsikan Tuanku secara spontan dan bersahaja seringkali mencuit hati ramai.

Terbaru, Tuanku memuat naik sekeping gambar melalui Twitter rasmi @cheminahsayang beserta satu kapsyen yang membuatkan ramai tersenyum lebar. Tak sangka, Tuanku pun pandai buat ‘pickupline’ bersemut seperti ini. Memang win lah!

Gambar tersebut diambil bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga mempunyai seorang ‘Azizah’ di sisi.

Nama saya Azizah juga tapi saya..

Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 19 ribu tanda suka dan 6 ribu ulang kicau (retweets) hanya dalam tempoh beberapa jam dimuat naik.

Nampaknya hati kami berjaya dicuri lagi oleh Tuanku Permaisuri.

‘Post’ Tuanku buat aku terus tersenyum

Permaisuri dah bagi bola tanggung 

Ya Allah cutenya ‘caption’

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Twitter @cheminahsayang via Siakap keli

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "”Nama Saya Azizah Juga Tapi..”- ‘Pickupline’ Permaisuri Buat Ramai Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*