“Nak bagi markah macam mana? Tune muzik dan vokal lari jauh!” – Tok Ram kecewa persembahan Ameer Sofazr

GAGAL memberikan persembahan yang terbaik, penyanyi Ameer Sofazr tersingkir daripada pentas Gegar Vaganza musim keenam (GV6) pada konsert ketiga yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor pada Ahad.

Menurut juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, dia melihat Ameer tidak dapat mengimbangkan tune muzik dan vokalnya sehingga menyebabkan dia menerima markah paling rendah iaitu 54 peratus.

“Saya melihat dan mendengar tune muzik dan vokal dia agak lari jauh. Dia send1ri tidak tahu apa yang dilakukan, sesiapa yang mendengar pun mesti tertanya-tanya apa masalah dia.

“Dia menyampaikan persembahan lebih rendah daripada standard muzik yang biasa. Nak bagi markah macam mana? Tuning tak setara, daripada mula persembahan dah 90 peratus tak okey,” katanya kepada mStar.

Persembahan Ameer menerusi lagu Samrah Mentari gagal menambat hati juri.

Sementara itu, peserta yang mara ke minggu hadapan ialah Wann, Noorshila Amin, Feeza, Nurfatima, Sham Visa, Naqiu Boboy, Roy, Hady Mirza, Jatt Black Dog Bone, kumpulan One Nation Emcee dan Kool.

Minggu keempat kesemua peserta akan mempersembahkan lagu bertemakan ‘Haa.. Tepuk’ iaitu duet bersama penyanyi jemputan.

Selain Ramli atau Tok Ram, kesemua peserta diadili seorang lagi juri tetap iaitu Hetty Koes Endang selain pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim tampil sebagai juri jemputan.

GV6 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@syafieq_ayman mekaseh byk2 sponsor baju2 utk gv5.sukses slalu buat karya2 kamu.sape2 nk guna org tua ni @azrul_rafie sya rekomen …😂😂😂mekaseh gambor2.

A post shared by ramli mohamed salleh (@tokram_ramlims) on

Dalam pada itu, penyanyi veteran Zaiton Sameon menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada pihak penaja iaitu Farm Fresh dan Astro.

Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini menjadi milik Naqiu manakala Anugerah Bintang Cili Padi pula dimenangi oleh Nurfatima.

GV6 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Juara Gegar Vaganza musim keenam bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk n4ib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar via MH

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Nak bagi markah macam mana? Tune muzik dan vokal lari jauh!” – Tok Ram kecewa persembahan Ameer Sofazr"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*