Pelakon Mona Allen atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen tidak menolak rezeki jika dikurniakan cahaya mata meski baru sahaja mend1rikan rumah tangga bersama pelakon Pekin Ibrahim pada 7 Disember lalu.
Malah, Mona turut berkongsi cerita perkembangan terkini setelah hampir setahun bergelar isteri kepada Pekin.
“Setakat ini semuanya macam biasa sahaja semuanya okey sahaja. Saya dan Pekin tengah shooting sama-sama.
“Saya rasa happy je setakat ini cuma kalau g4duh-g4duh manja tu ada.
“Tapi tu perkara biasa, lepas g4duh jadi rapat balik malah lebih rapat dari yang sebelumnya.
“per4ngai Pekin semakin hari semakin baik jadi saya berasa sangat-sangat bersyukur,” kongsi bintang berusia 34 tahun itu.
View this post on Instagram
Menurut Mona, dia dan Pekin merancang untuk memiliki cahaya mata tahun hadapan jika diizinkanNya.
Kongsi pelakon kelahiran Pulau Pinang ini lagi, suaminya kini memiliki sikap kematangan dan kebapaan dalam d1ri yang membuatkan mereka berasa tidak sabar untuk menimang cahaya mata.
“Kami rancang tahun depan nak ada anak tapi kalau ada rezeki sekarang pun saya tak menolak tapi InsyaAllah tahun hadapan.
“Pekin sekarang mood dah macam bapak-bapak tengok bayi pun macam nak terkam jer jadi saya rasa Pekin macam dah bersedia untuk jadi seorang ayah.
“Jadi saya h4rap peminat doakan yang terbaik buat kami,” katanya kepada MH.
Dalam perkembangan lain, Mona ditemui MH pada majlis perlantikannya sebagai duta produk kecantikan NAFURA, di Crème De La Creme, Damansara Utama pada Jumaat lalu.
Menurut bintang drama bers1ri Cinta Non Grata ini, dia amat cerewet pemilihan produk kecantikan. Malah turut mencuba terlebih dahulu Nafura apabila dipelawa bagi mengetahui akan keberkesanannya send1ri.
“Sebelum Mona nak jadi duta produk untuk mana-mana produk Mona akan cuba dulu produk tersebut nak tahu kesan dia macam mana.
“Jadi dengan Nafura ni, kesan dia sangat bagus dan best jadi sebab tu Mona bersetuju untuk menjadi duta produk ini.
“Kalau ikutkan, Mona memang sangat cerewet dan memilih pasal bab produk kecantikan ni,” jujur kata Mona.
Sekadar informasi, Nafura telah melancarkan serum wajah terbaru iaitu Nafura Alpine Snow White yang mengunakan teknologi dari Korea.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press
Foto : Instagram Mona Allen
Sumber : MH
Be the first to comment on "“Tengok Bayi Macam Nak Terkam Jer,”- Mona Allen Dedah Pekin Mood Dah Macam Bapak-Bapak"