“Masuk Ke Liang Lah4d…”- Fizo Omar K0ngsi Dalam Berjuta Orang Ada, Orang Tarik Beliau Juga

Menjadikan 7 Ogos lalu sebagai pengalaman yang tidak dapat dilupakan, Fizo Omar telah selamat mengerjakan Haji bersama rakan-rakan dan para jemaah yang lainnya.

Kongsi pemilik nama penuh Wan Hafizol Wan Omar di Youtube rasmi Zayan My, keberangkatannya ke Tanah Suci itu menjadikan dia lebih matang dalam kehidupan.

“Apabila kita sampai di sana (Mekah), kita tak ada apa-apa pun ertinya kalau ada pangkat seperti VVIP, artis, jutawan dan banyak duit sekali pun, kita semua sama sahaja di sisi Allah.

 “Ketika itu umat manusia hanya tuduk, mengadap Allah dan mintalah (doa) pada Dia 

“Kita terlalu kejar dunia selama ini, sampai sana, kita akan lihat kebesaran Allah dan bayangkan berjuta umat manusia di sana,” katanya sebak.  

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cuba teka agak2 apa dialog Abe Joe kat @mfmirafilzah ? @dramasangat @tv3malaysia #fizoomar #mirafilzah #AdelleaSofea #akasia #dramasangat #tv3 #abpbh32

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Sepanjang di Tanah Suci, bintang filem 7 Petala Cinta ini juga sempat berkongsi pengalamannya menguruskan jen4zah yang tidak dikenali di sana.

“Dalam berjuta orang di sana, ada orang tarik saya untuk uruskan jenaz4h seorang individu yang saya tidak kenal.

“Saya mandikan, kaf4nkan dan solat jenaz4h tersebut. Saya juga masuk ke liang lah4d untuk kebvmikan jen4zah yang sebenarnya saya tak kenal langsung dia.

“Apa yang Allah nak tunjukkan sebenarnya pada saya?,” fikirnya sejenak. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

On set #adelleasofea with @little_imans as Damia. . Pandai betul adik ni berlakon. . Coming soon #akasia @tv3malaysia @dramasangat

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Bagaimanapun, Fizo yakin bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya.

“Sebenarnya apabila Allah ketuk pintu hati kita untuk pergi Haji ketika kita masih muda dan bertenaga adalah kerana Dia nak orang muda pergi bantu orang lain permudahkan kerja-kerja Haji seperti orang-orang tua yang tidak berdaya,guna kerusi roda, guna tongkat dan ada yang kena papah. 

“Tapi mereka bersungguh-sungguh untuk ke Tanah Suci,”kongsinya yang menganggap ia sebagai satu simbolik daripada Allah. 

Video : Youtube Zayan My

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : MH

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Masuk Ke Liang Lah4d…”- Fizo Omar K0ngsi Dalam Berjuta Orang Ada, Orang Tarik Beliau Juga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*