Lelaki Berlari Minta Ampun Dengan Isteri Dalam Ceramah Ebit Lew Undang Sebak

Umum sedia maklum bahawa Ustaz Ebit Lew memang tidak asing lagi dalam memberi ceramah mengenai hubungan kekeluargaan. Seminar yang dilakukan kerap kali melibatkan pasangan suami isteri dan diakh1ri dengan linangan air mata.

Baru-baru ini, Ustaz Ebit Lew telah memuat naik satu video seorang lelaki yang teresak-esak menangis kerana terkenangkan pengorbanan isteri tercinta.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Semalam cuti sibuk masak untuk bidadari dan anak-anak. Semua anak-anak bersorak sibuk tengok macam kapal terbang mendarat dalam rumah. Sebab jarang-jarang ayahnya masak. Ya Allah. Maafkanlah diriku ini… . Kelakar campur sedih sayu sangat…..sebab terbayang bidadari saya hari-hari masak. Mak saya dulu pun begitu.begitulah kebanyakan wanita…anak-anak kata ayah nak ini..nak itu..nak ini..menjerit-jerit. Dia tak tahu ayah dia bukan pandai macam umi dia masak. . Isteri lak senyum-senyum tengok suami..sibuk rakam suami dia masak. Ambil gambar..hehe…orang bercinta memang macam tu yer..duduk-duduk nak ambil gambar. Sayang, tunggulah di luar biar abang masak..nanti malu.tak jadi.Sayang rehat yer..tengok masa buka nanti.. . Baru tahu sebab apa wanita suka upload makanan kat fb..yerlah sebab dia masak. Dia penat. Dia seronok. Tu jer. Cuba tengok isteri, sambil masak boleh layan suami..sambil masak boleh buat susu anak. Sambil masak boleh kemas rumah. Sambil onn mesin basuh. Kutip baju. Beribu kerja satu masa . Saya masak macam mengaji. Solat. Betul-betul khusuk. Yerlah macam orang baru ambil lesen kereta. L.dapur pun bersepah..dah siap baru kemas . Lihat seorang isteri mereka berpuasa sama dengan kita suami. Mereka bekerja, sama dengan kita cari rezeki. Jika tak kerja di luar, kerja di rumah 24 jam tak habis-habis. . Tapi bila sampai rumah kebanyakannya isteri jaga anak-anak. Kita sedap-sedap dapat solat isya dan Tarawih di masjid. Jumpa kawan-kawan di masjid. Isteri sibuk urus anak sepanjang malam. Buat yang anak-anak masih kecil. . Isteri sibuk uruskan anak-anak. Lepas tu mereka juga bangun sahur awal. Ada pula suami pesan isteri jangan lupa kejut sahur. Kalau tak kejut abang tak puasa. Jika tak bangun, marah isteri. Kasihanilah ibu dan isteri kita. Sayangilah mereka. Mereka tolong kita cari duit tanpa harap balasan. Mereka jadi bibik 24 jam di rumah. Bibik pun ada gaji dan ada waktu bekerja. . Isteri jadi tukang masak yang pakar. Masakan mereka dengan doa dan bersih. Sentiasa cari menu baru dan fikir apa nak masak untuk suami.Sebab nak beri yang terbaik buat suami. 24 jam fikir nak masak apa-ebitlew www.transformjiwa.com #keluargasunnah #esokKuantan 0173666848

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Menurut Ebit Lew, lelaki itu berasa kesal dengan sikap d1rinya yang selalu berbuat salah dengan isteri sedangkan isteri tercinta terlalu baik dan sanggup menerima walau bagaimana keadaannya ketika itu.

Selepas ditenangkan oleh Ebit Lew, lelaki itu tanpa selipar terus meluru mendapatkan isteri dan memeluk erat bidadarinya serta memohon maaf atas segala khilaf d1ri. Situasi tersebut terlalu sebak sehingga had1rin yang hadir turut menangis.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terkejut sangat sebak tadi petang saya tanya siapa pernah rasa putus asa dan rasa baik mati jer. Terasa nak mati? . Seorang abang ni,cerita betapa rasa selalu susahkan isteri yang baik. Buat salah padanya. Hilang pekerjaan. Buntu cari kerja. Saya dekat dan bisik padanya Allah sayang padanya. Dia ada doa Nabi saw. Doa ibubapa dan isteri. Abang tu peluk saya menangis. . Selepas itu abang tu tanpa selipar terus berlari ke tempat isterinya peluk minta maaf. Semua sebak menangis. Ya Allah terharunya. Syukur abang ni baru dapat kerja dan berterima kaseh pada isterinya membawa beliau ke sini. MasyaAllah. Abang ini orang baik dan rendah diri. Isterinya baik dan memaafkannya. Doa seorang isteri yang solehah. Subhanallah. Syukur pada Allah . Beberapa pasangan nak berpisah hari ini juga bisik pada saya tak jadi nak berpisah. Allahuakbar. Terima kaseh Allah. Dialah Allah Maha Kaya. Maha Kuasa-ebitlew . Doakan esok Ahad di Kuantan Dewan Jubli Perak 8pg5ptg Minggu Depan Melaka, Kota Bharu, Kota Kinabalu Kuching. Wasap office 0173666848 untuk pendaftaran

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Semoga peroleh kekuatan menempuhi dugaan

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet turut terkesan dan men1ngg4lkan komen yang pelbagai di ruangan Instagram pendakwah bebas tersebut.

Mereka telah memberikan kata-kata yang positif dengan berasa terharu atas tindakan yang dilakukan oleh lelaki itu. Mereka turut mendoakan agar kesejahteraan dan juga rezeki berpihak kepada lelaki tersebut serta keluarganya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Instagram @ebitlew via KLPRESS

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Lelaki Berlari Minta Ampun Dengan Isteri Dalam Ceramah Ebit Lew Undang Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*