“Saya Dah Rasa Kes4kitan, Jadi Kenapa Nak Seks4 Diri ?,” – Lebih Setahun Bergelar Duda Ini Kata Nazim Othman

Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon tampan, Nazim Othman yang sering menjadi perhatian peminat.

Sebelum ini, Nazim pernah mend1rikan rumah tangga bersama pelakon Bella Dally namun mahligai cinta yang dibina berakhir pada 2 Mei 2018.

Lalu, bintang berusia 34 tahun berkongsi cerita kehidupan setelah lebih setahun bergelar duda.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

“Nazim ni asyik bercuti je? Tak kerja ke? So sendu” . Dalam setahun ada 365 hari. Saya bercuti 60 hari. Ada balance 305 hari lagi untuk bekerja. Satu hari saya bekerja bukan 8 jam. Adakalanya keluar rumah subuh, habis shoot pukul 2 / 3 pagi. . “Abis tu? Kat IG penuh gambar bercuti je? Tak banyak gambar tengah keja pun?” . Hasil keja saya boleh tengok kat TV. Gambar travel saya tak kan keluar TV. Masuk IG je itu pun tak semua. Kalau post semua, takut U muntah nanti. 🥶 . I work hard , harder than some of U out there. However, I prefer to keep the work under the radar. Keluar TV nanti orang taulah. Takde istilah penat because I love hustling , my way. At this point, I make sure my career and life seimbang. I’d like to be known as an actor , bukan instafamous pose2 bersiap merely for the sake of gaining likes on social media. Anyway, ada banyak lagi drama saya dah siap atau tengah shoot & belum keluar TV. Antaranya : . Mr Ferrari Ms Lamborghini ( 13 episod ) Lara Syakila ( 30 episod ) Cindai ( 20 episod ) Suri Katriana ( 50 episod ) . I humbly thank U all for your continuous support and love. Selamat menonton sambil mengunyah kuaci bunga. 🌼

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

“Secara peribadi saya semakin tenang, untuk mencari ketenangan bukan sesuatu yang mudah selepas apa yang saya lalui.

“Tapi Alhamdulillah apa yang saya boleh cakap saya lebih tenang sekarang. Kalau saya tak tenang susah untuk saya teruskan kehidupan dan kerjaya.

“Saya kena terima takdir kehidupan, sebab bila terjadinya dug4an-dug4an besar dalam hidup ni sebenarnya kita ni tak ada lah alim mana, tapi kita kena percaya bahawasanya Tuhan itu sedang menguji tahap kerehdaan saya,” luah Nazim.

Menurut bintang Cindai ini, meski rumah tangga yang dibina telah berakhir dia harus tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lee Dong Zim

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

“Sama macam orang lain yang putus cinta dan saya rasa semua orang pernah melalui fasa itu. Tapi bagi saya hidup ini lagi besar daripada apa yang terjadi pada saya.

“Ini salah satu uj1an besar dalam hidup saya, sebenarnya banyak lagi contoh saya hampir nak m4ti dulu.

“Saya dah pernah melalui situasi sedemikian yang merupakan satu pengalaman. Orang mampu mendengar tetapi tidak merasa apa yang saya lalui.

“Saya dah merasa kes4kitan tu jadi kenapa saya nak seks4 d1ri saya dengan menolak t4kdir?

“Jadi kena terimalah dan bila kita reda semuanya akan tersusun baik, Allah akan bukakan pintu seluas-luasnya kepada benda yang lain,” katanya lagi kepada MH.

Sekadar informasi, Nazim ditemui MH pada sidang media drama bers1ri Suri Katriana yang berlangsung di Great Eastern Mall, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Drama bers1ri tersebut turut dibintangi pelakon hebat seperti Ummi Nazeera, Aishah Azman, Ernie Zakri, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi.

Suri Katriana bakal menemui penonton di saluran Astro Prima & Prima HD pada 30 Oktober depan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Media Hiburan

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya Dah Rasa Kes4kitan, Jadi Kenapa Nak Seks4 Diri ?,” – Lebih Setahun Bergelar Duda Ini Kata Nazim Othman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*