Kisah kehebatan ‘Doa Nabi Ibrahim’. Untuk Perlindungan Dan Permudah Urusan

Assalamualaikum semua.

Jazakumullah khairan untuk semua pembaca yang memberikan kata2 semangat dan mendoakan aku sekeluarga. Semoga Allah berikan kebahagiaan yang terbaik untuk kalian.

Kali ini aku nak share zikir yang sangat membantu aku dalam proses melalui kehidupan. Dan ada insiden2 yang efeknya nampak serta merta. Aku mintak maaf awal2 tvlisan aku memang panjang. Aku tak pandai nak pendek2kan.. Tak feel nanti.. hehe..

Zikir

 

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.” (Ali Imran:173)

=======

Insiden 1

Related image

Masa ni aku F3, duduk asrama. Ada kes terjadi yang aku sebagai pengawas tidak mengendalikan kes tersebut dengan bijak. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati oleh beberapa rakan sekelas aku. Biasa kan kelas prep mula lepas habis Solat Isya’ tapi sapa yang tak boleh solat boleh terus ke kelas. Kebetulan pulak yang tak boleh solat masa tu aku dan beberapa rakan yang tak puas hati tulah. Waktu tu aku personally pergi minta maaf kepada si Orked yang boleh kata jadi “mangsa” my unprofessionalism dan dia kata ok dia maafkan. Tapi kawannya Kasturi & Cempaka masih tak puas hati sedangkan perkara tersebut takde kaitan pun dengan mereka.

Seat mereka di belakang aku. Dan sepanjang 1jam stgh dari maghrib sampai isya’ mereka mengvtuk aku macam2, perl12 aku, cuba macam2 untuk menaikkan d4rah aku. Sepanjang masa tu aku buka buku dan cuba baca, mulut tak henti2 baca zikir di atas, telinga aku ni xtau lah jenis bionik ke atau telinga kuali… alert je dengan perbualan di sekitar walaupun aku cuba untuk tak fokus. hahaha.. Korang boleh bayangkan tak betapa tak synchronize nya deria2 aku ketika tu. Jangan tanya lah aku baca tu masuk ke tak masuk. Memang konpem tak lah kan.. hahaha..

Amazingly, hati aku tak rasa s4kit langsung. Sedikit pun kata2 cac1an, mak1an, h1naan Kasturi & Cempaka tak masuk dalam hati.. aku masih boleh buat biasa dan seolah2 takde perasaan langsung.. sampai in the end mereka fed up dan give up send1ri nak cuba buat aku m4rah. SubhanAllah… Maha Suci Allah hebatnya kuasa Dia.

=======

Image result for Kisah kehebatan ‘Doa Nabi Ibrahim’. Jadi amalan utk perlindungan d1ri & mudah urusan

Korang boleh google pasal zikir ni.. ni adalah doa Nabi Ibrahim di saat Namrud lemparkan baginda dalam api. Dan api tersebut menjadi sejuk. Banyak lagi contoh2 zaman Rasulullah SAW dan para salafussoleh yang menerangkan tentang dahsyatnya kehebatan zikir ni. Penyanyi Indonesia Yoga Al Ghazali pun ada buat lagu pasal zikir ni. Best sangat.

 Sesungguhnya kasih Allah dan Rasulullah SAW terhadap kita mengatasi kasih sayang ibu / bapa / suami / anak / sahabat pada kita. Jika ada pembaca yang sedang dalam fasa kejatuhan, kemurungan, kesedihan, percayalah Allah sayang kita.. Bacalah zikir di atas dan yakinlah pertolongan Allah pasti tiba dalam bentuk yang terbaik untuk kita, bukan yang kita mahukan.

– JC via IIUM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Nasihatustazz

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kisah kehebatan ‘Doa Nabi Ibrahim’. Untuk Perlindungan Dan Permudah Urusan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*