Kamal Adli mengaku sering terlupa tarikh-tarikh penting punca percintaannya berakhir – “Siapa tak nak kahwin, umur saya dah berapa…”

PELAKON Kamal Adli mengakui banyak melakukan kesilapan sehingga menjadi punca hubungan cintanya dengan beberapa selebriti kecundang di tengah jalan.

Menurut Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 33, hubungan percintaan yang dilalui menjadi hambar berikutan sikap d1rinya yang terlalu selesa dan mengambil mudah terhadap pasangan.

“Saya tak nak menyalahkan mana-mana pihak, mungkin salah itu pada saya. Saya melalui hubungan yang panjang dengan setiap pasangan dan kira-kira 12 tahun dalam hubungan percintaan.

“Bila hubungan terlalu panjang membuatkan saya selesa dan tidak meletakkan matlamat untuk berkahwin.

“Saya juga sering terlupa tarikh-tarikh penting yang biasanya diingati oleh pasangan yang baru bercinta. Perkara itu nampak remeh bagi lelaki tetapi besar bagi perempuan yang banyak memendam perasaan,” ujarnya kepada mStar.

Kamal ditemui ketika majlis pra tonton eksklusif dan sidang media filem Dato’ S di GSC Nu Sentral, Kuala Lumpur pada Rabu.

Kamal tak putus asa bercinta walaupun 12 tahun kecundang.

Sementara itu, Kamal berkata, perg4duhan dalam sebuah perhubungan itu perlu diselesaikan dengan cara perbincangan bukannya menunding jari antara satu sama lain.

“Bila perg4duhan terjadi dalam hubungan itu, kita perlu duduk dan berbincang bukannya pendam dan pergi atau sering mencari kesalahan masing-masing,” ujarnya.

Siapa tak nak bercinta? Siapa tak nak kahwin?

Umur saya pun dah berapa.

Dalam pada itu, Kamal berkata, kegagalan yang dilalui tidak mematahkan semangatnya untuk mencari pasangan yang sesuai dan membina rumah tangga.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

kenapa ya si Adam tu? hahaha.. ni scene mana ek? #utusancintabuatadam

A post shared by K.A (@kamaladli) on

“Siapa tak nak bercinta? Siapa tak nak kahwin? Umur saya pun dah berapa. Tunggu, InsyaAllah. Kamal pun berkawan saja, tengoklah macam mana.

Kamal pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Intan Ladyana selama enam tahun sebelum mengumumkan perpisahan pada 2014.

Aktor ini kemudian dikhabarkan bercinta dengan pelakon Emma Maembong, namun kedua-dua mereka menafikan gosip itu.

Terkini, Kamal dikatakan mempunyai hubungan dengan pelakon sensasi Uqasha Senrose apabila kerap digandingkan bersama dalam drama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

TQ! #setelahterlafaznyaakad

A post shared by K.A (@kamaladli) on

Pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad ini memberitahu, dia tidak kisah jika dikaitkan dengan sesiapa juga wanita selagi masih berstatus single.

“Ramai je orang gosipkan saya dengan artis-artis lain, sementara single, saya tak kisah dikaitkan dengan sesiapa,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kamal Adli mengaku sering terlupa tarikh-tarikh penting punca percintaannya berakhir – “Siapa tak nak kahwin, umur saya dah berapa…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*