“Jalan Berpimpinan Dengan Permaisuri,” Tasbih Kecil Masih Digenggaman Agong

Sebut sahaja perihal DYMM Agong serta Raja Permaisuri Agong, sudah tentu rakyat jelata akan tersenyum melihat kemesraan dan kebahagiaan pemimpin negara itu.

Umum sedia maklum bahawa Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kerap berkongsi gambar-gambar serta  video baginda menjalani aktiviti harian sebagai individu pertama negara. Ia menjadikan hubungan pemerintah dan rakyat begitu akrab.

Pimpin tangan isteri

Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Amirul Ashraf, dia telah berkongsi satu video yang diambil daripada Instagram rakannya iaitu Mohdghof mengenai keperibadian mulia baginda Agong.

Tasbih masih di tangan

Semasa baginda dan raja permaisuri ingin menuruni tangga, baginda telah memimpin tangan isterinya dan jelas terlihat baginda langsung tidak melepaskan tasbih yang sentiasa ada ditangannya itu.

Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku & Permaisuri

Perkongsian tersebut nyata telah mendapat perhatian daripada warganet yang begitu terharu dengan tindakan yang dilakukan oleh KDYMM Agong. Mereka juga turut mengaminkan ucapan doa yang dibuat Amirul yang mengharapkan agar usia baginda serta kerabat yang lain terus dipanjangkan oleh Allah S.W.T.

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Amirul Ashraf, Mohdghof

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Jalan Berpimpinan Dengan Permaisuri,” Tasbih Kecil Masih Digenggaman Agong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*