“Sekali cur4ng, sudah pasti cur4ng lagi dan lagi” – Heboh status cur4ng suami Krisdayanti

PENYANYI terkenal Indonesia Krisdayanti tampil menjelaskan status yang dimuat naik suami Raul Lemos di Instagram berkaitan hal kecur4ngan.

Krisdayanti berkata, rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik dan status itu tiada kaitan dengan perkahwinan yang dibina lapan tahun itu.

“Wah jangan bimbang… Alhamdulillah baik dan kami baru kembali dari Dili atas urusan kerja.

“Kalau berkaitan status cur4ng ia tidak semestinya tentang rumah tangga yang tidak sihat. Boleh juga kerana pekerjaan,” ujarnya seperti dipetik Liputan 6.

Penyanyi lagu Cobalah Untuk Setia ini mengulas tentang status suaminya yang menjadi viral sejak Khamis.

Menerusi posting itu, Raul Lemos memuat naik sebuah artikel tentang kecurangan.

Pasangan ini berkahwin pada 2011.

“Sekali cur4ng, sudah pasti cur4ng lagi dan lagi. Stigma yang satu ini sudah sangat melekat dalam masyar4kat,” antara ayat yang dimuat naik menerusi posting tersebut.

Perkara itu menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen.

Rata-ratanya mula mengesyaki hubungan pasangan ini sedang dalam masalah.

Sementara itu, Krisdayanti berh4rap rumah tangganya kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

“Namanya manusia, kita berusaha agar semua baik dalam rumah tangga dan kehidupan masa depan,” ujarnya.

 

Namanya manusia, kita berusaha agar semua baik dalam rumah tangga dan kehidupan masa depan

KRISDAYANTI

Penyanyi

Krisdayanti sebelum ini pernah mencetuskan kontr0versi apabila dilaporkan berpisah dengan bekas suaminya komposer Anang Hermansyah selepas menjalinkan hubungan dengan Raul Lemos.

Krisdayanti berkahwin dengan ahli perniagaan dari Timor Leste itu pada tahun 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Dia turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan dengan Anang Hermansyah.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Sekali cur4ng, sudah pasti cur4ng lagi dan lagi” – Heboh status cur4ng suami Krisdayanti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*