Disebabkan Terlalu Cantik Seperti Patung Barbie, Gadis Ini ‘Dikvrung’ Oleh Ibu Bapa Tak Keluar Rumah. Setelah 26 Tahun, Tak S4ngka Ini Yang Terjadi Kepadanya

Kerana kecantikan luar biasa yang dimiliki anak gadisnya, sepasang ibu bapa di Rusia bersikap protective hingga sanggup ‘mengvrungnya’ selama 26 tahun daripada menikm4ti dunia luar.

Ini kerana mereka mendakwa konon berasa gusar perkara bvruk akan menimpa anak perempuannya yang berusia 26 tahun itu, menurut laporan sebuah laman media antarabangsa.

Mangsa dikenali sebagai Angelica Kenova, tidak pernah keluar dari rumahnya melainkan ditemani beberapa pengawal peribadi dan peng1ring sekiranya keluar bertemu janji.

Ibu bapa Kenova sangat melindunginya kerana kecantikan yang dimiliki gadis itu dan jika diam4ti betul-betul, gadis itu saling tidak tumpah seperti watak kartun atau patung kegemaran kanak-kanak perempuan iaitu Barbie.

Kenova memberitahu rupa paras dan sosok tubuh yang dimilikinya itu asli dan bukannya hasil daripada mana-mana pembedahan plastik.

“Pembedahan plastik hanya perlu jika seseorang itu mengalami kecacatan yang serius pada wajah dan badan mereka sahaja,” ujarnya.

Tambah Kenova lagi, kedua-dua orang tuanya membesarkannya tidak ubah seperti seorang puteri dan mengawal setiap pergerakannya sehinggakan dia tidak merasai nikmat yang dirasai gadis seusianya.

Hal itu menjadikan Kenova berasa sedih dan hidupnya ibarat sebuah patung perhiasan di dalam cermin pameran.

Walau bagaimanapun, ketika usia menginjak 26 tahun, Kenova berh4rap dia dapat keluar dari rumahnya dan hidup berdikari tanpa dikelilingi pengawal atau peng1ring.

“Ibu bapa saya telah mengvrung saya di sebuah ‘istana kaca’ sepanjang hidup saya tetapi satu hari mudah-mudahan, saya akan dapat membebaskan d1ri dan hidup berdikari,” luahnya.

Valeria Lukyanova boleh ke tepi kerana sudah ada ‘Barbie manusia’ baru mengambil alih tempatnya.

Lebih menarik lagi, Barbie manusia baru ini memang dibesarkan seperti anak patung hidup sejak dilahirkan.

Angelica Kenova, 26, yang menetap di Moscow, Russia, dilayan seperti puteri sejak kecil lagi tetapi hingga ke saat ini, semua keputusan mengenai d1rinya, baik dalam memilih pakaian atau makanan, ditentukan ibu bapanya.

“Saya tidak dibenar keluar seorang d1ri atau melakukan sesuatu seperti yang dilakukan wanita dewasa lain sesuka hati.

“Hasilnya saya tidak hidup di dunia sebenar. Hidup saya seperti patung,” katanya.

Ibunya, Natalia dan bapanya, Evegniy mengawal ketat semua kegiatan seharian anak mereka.

Mereka juga yang menentukan diet dan program senaman untuk Angelica supaya dia mengekalkan bentuk badan seperti anak patung.

Walaupun sangat mengawal, ibu bapa Angelica tidak kisah dia bergambar separuh b0gel.

Angelica memberitahu, dia mempunyai bentuk badan dan wajah seperti patung Barbie tanpa melakukan pembedahan plastik.

Gadis itu mempunyai lilitan pinggang 51 sentimeter dan berat hanya 38 kilogram.

“Saya tidak pernah melakukan pembedahan plastik.

“Pembedahan plastik diperlukan sekiranya seseorang itu mempunyai kecacatan serius pada tubuhnya,” ujarnya.

Walaupun sudah dewasa, Angelica masih tinggal bersama keluarganya.

“Ibu bapa saya tidak membenarkan saya berpindah ke rumah send1ri

“Saya juga tidak dibenarkan membeli pakaian tanpa ditemani ibu saya.

“Dia yang memilih pakaian untuk saya kerana dia lebih arif dengan bentuk badan dan imej saya,” jelasnya.

Menurutnya, ibunya juga akan menemaninya setiap kali dia keluar dengan lelaki.

“Saya terpaksa menempah meja untuk tiga orang supaya ibu boleh duduk semeja ketika saya keluar makan malam dengan rakan lelaki.

“Sebab itu saya tidak pernah ada kekasih. Semua rakan lelaki hanya menganggap saya kawan biasa,” katanya.

Natalia dan Evegniy bersungguh-sungguh mahu melihat anak mereka berjaya sebagai model dan sangat berbangga walaupun dia bergambar separuh b0gel dalam sesi fotografi.

Bercakap mengenai masa depannya, Angelica berkata, dia mahu menjadi model majalah Pl@yboy dan mengecapi kebebasan seperti wanita lain.

“Saya sudah dewasa dan sepatutnya saya hidup berdikari seperti wanita lain.

“Bagaimanapun, ibu bapa mahu saya tinggal bersama mereka dan saya tidak mahu membuat keluarga saya sedih,” jelasnya. – Agensi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : metro, daily news,beritasteady

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Disebabkan Terlalu Cantik Seperti Patung Barbie, Gadis Ini ‘Dikvrung’ Oleh Ibu Bapa Tak Keluar Rumah. Setelah 26 Tahun, Tak S4ngka Ini Yang Terjadi Kepadanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*