[FOTO] Sekitar Majlis Pertunangan Pelakon Zara Zya & Hafreez Adam

Pasangan pelakon Hafreez Adam dan Zara Zya telah selamat melangsungkan pertunangan mereka semalam selepas dua tahun menyulam cinta. Majlis yang diadakan di Kuang, Sungai Buloh itu diadakan secara tertutup dan hanya dihad1ri keluarga kedua belah pihak dan rakan terdekat.

Bagai pinang dibelah dua, kami kongsikan beberapa foto sekitar majlis pertunangan pasangan ini. Jom tengok!

Manisnya Zara Zya! Warna putih menjadi pilihan untuk majlis pertunangan beliau kali ini. Cantik sangat!

Pasangannya, Hafreez Adam turut mengenakan tona yang sepadan. Kacaknya!

Majlis tersebut pastinya tidak lengkap tanpa kehadiran ahli keluarga dan teman rapat.

Menerusi laporan Harian Metro, pasangan ini dikatakan bakal menjalani tempoh pertunangan di antara enam bulan hingga setahun.

Semoga persiapan untuk majlis perkahwinan nanti akan berjalan dengan lancar. Tahniah sekali lagi kami ucapkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Instagram Zarazya, Instagram Hafreez AdamInstagram Alha AlfaHarian Metro/ Ohbulan

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "[FOTO] Sekitar Majlis Pertunangan Pelakon Zara Zya & Hafreez Adam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*