Doa Bangkit Daripada Tidur

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Seseorang yang apabila terjaga dan bangkit daripada tidur malam untuk Qiamullail selain daripada doa-doa biasa yang diamalkan boleh juga mengamalkan doa di bawah sebelum membaca surah Ali Imran (ayat 190-200) dan seterusnya bolehlah ke bilik air untuk bersuci:

 

Doa Bangkit Dari Tidur

Doa Bangun - Bangkit Daripada Tidur.SQ

 

Terjemahannya:~

“Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah menghidupkan kita setelah Dia m4tikan kita dan kepadaNya jua kita dibangkitkan. Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah mengembalikan r0hku dan telah memberi afiat pada tubuh badanku serta mengizinkan daku mengingatiNya.

Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah menjadikan tidur dan jaga dari tidur, segala puji itu bagi Allah Tuhan yang membangkitkanku dari tidur dalam keadaan selamat sejahtera. Daku mengaku bahawa Allah itu ialah yang menghidupkan orang yang m4ti dan dialah yang berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.

Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah yang Maha Esa yang tiada sekutu bagiNya yang empunya pemerintahan dan kepujian. Dialah yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Maha suci Allah dan segala puji itu bagi Allah! Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar. Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan kuasa Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Penyayang.

Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar melainkan Dikau jua; Maha Suci Dikau Ya Allah! Daku mohon keampunanMu bagi d0saku dan daku mohon rahmatMu ya Allah. Ya Allah! Tambahlah ilmu pengetahuan kepadaku dan janganlah condongkan hatiku daripada kebenaran setelah Dikau kurniakan hidayah padaku dan kurniakanlah juga kepadaku rahmat dari sisi kemurahanMu. Sesungguhnya Dikaulah sahaja yang sangat banyak memberi.

Sudah sepatutnya doa yang dipanjatkan difahami maknanya kerana hati yang memahami isi doa sudah tentu doanya akan lebih didengari dan dikabulkan daripada ketika hati dalam keadaan lalai.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi ﷺ bersabda,

ادعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة واعلموا أن الله لا يستجيب دعاء من قلب غافل لاه

“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahawa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi r.a.)

Semoga bermanfaat…

والله أعلم بالصواب

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Nasihatustazz

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Doa Bangkit Daripada Tidur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*