Bila Orang Jawab Dalam Bahasa Inggeris, Azizah.. Dia Ni Orang Putih Ke?” – Permaisuri Agong

SEJAK isu penguasaan bahasa Inggeris di negara ini terus hangat diperkatakan di media sosial, tweet Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenaan perkara itu sekali lagi mencuri tumpuan netizen.

Tunku Azizah menerusi Twitter rasminya @cheminahsayang pada Khamis mengimbau reaksi ayahanda baginda ketika berdepan individu yang bertutur dalam bahasa Inggeris.

“Sekarang saya faham kenapa apabila ayah saya berbual dalam bahasa Malaysia dan orang jawab dalam bahasa Inggeris… ayah saya akan pusing kepada saya.

“Dia akan cakap… Azizah dia ni orang puteh ke? I used to laugh but now understand… yes i’m bilingual… tapi saya anak Melayu!” katanya.

Perkongsian tweet itu sehingga kini menerima lebih 4,000 ulang kicau dan 12,200 tanda suka.

Jelas Tunku Azizah lagi, sekiranya kita tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik tidak bermakna kita mundur.

Posting Tunku Azizah mencuri tumpuan netizen.

“Saya tidak nafikan banyak baiknya kalau kita fasih bilingual bahasa Inggeris, French, Italian, Jerman, Japanese, Chinese, Arab.

We have so much to gain from tapi jangan pandang rendah kepada bahasa kita… tidak bermakna kita mundur. Banyak negara yang tak pandai cakap Inggeris!” katanya.

Malah, baginda tidak bersetuju orang Melayu tidak pandai bertutur dalam bahasa Inggeris.

 

Dia akan cakap… “Azizah dia ni orang puteh ke?” I used to laugh but now understand… yes I’m bilingual… tetapi saya anak Melayu!

TUNKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH.

Raja Permaisuri Agong.

“Siapa kata orang Melayu tidak pandai berbahasa Inggeris? Ramai yang terpaksa cari Kamus Dewan untuk cari makna globalisasi, generasi, informasi, klinik, dedikasi, deklamasi… banyak lagi!.

“Saya masih ingat pemandu saya tanya saya apa erti generasi dan saya jawab ‘keturunan’,” katanya.

Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Tunku Azizah berhubung perkara itu.

Antara komen netizen terhadap posting Tunku Azizah.

“Betul Tuanku!!! Contohnya Jepun. Diorang lebih utamakan bahasa Jepun. Tiada salahnya kita utamakan bahasa kita,” tvlis Shazone.

“Betul tu Tuanku. Sejak saya belajar di Jerman, kebanyakan mereka tidak tahu berbahasa Inggeris. Mereka lebih bangga dengan bahasa ibunda mereka. Jadi sebagai seoang yang nak cari ilmu di negara orang, kami kena belajar bahasa mereka. Lagi terkejut ada yang tahu bahasa Melayu,” kata Lisa.

“Banyak negara tak fasih bahasa Inggeris tapi lebih maju berbanding berbahasa pertuturannya Inggeris. Malaysian bertutur bahasa kebangsaan,” tvlis Tanjiro.

Isu penguasaan bahasa Inggeris mula menjadi sebvtan setelah satu tweet dimuat naik pelakon Maya Karin, baru-baru ini.

Maya memuat naik satu tweet mengenai pengalamannya yang bertanya soalan asas dalam bahasa Inggeris kepada seorang budak perempuan berusia 10 tahun di Terengganu.

Bagaimanapun katanya soalan itu hanya dijawab budak perempuan tersebut selepas dia bertanya dalam bahasa Malaysia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Bila Orang Jawab Dalam Bahasa Inggeris, Azizah.. Dia Ni Orang Putih Ke?” – Permaisuri Agong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*