Cinta 7 Tahun Risteena Telah Terlerai, Kini Dikatakan Sedang Bercinta Dengan Isa Khan?

Ini berita yang baru je Miss K dengar dari seorang teman bernama Azam yang kerjanya gemar membawang.

Khabarnya, percintaan pelakon Nur Risteena dengan seorang pelakon dan ahli perniagaan, Ikhwan Khairudin sudah bernoktah.

Kata Azam, mereka tak jadi kahwin dan percintaan mereka dah tamat.

“Kalau kau tak percaya Miss K, boleh je terus Google pasal Risteena dan Ikhwan, masing-masing dah keluarkan kenyataan kepada media yang mereka bakal nikah November ni, bersempena hari lahir Risteena. 

“Dengarnya dah siap pergi kursus kahwin. Tiba-tiba aku dengar mereka dah putus! Terkejut tau, katanya dah lebih tujuh tahun bercinta!

“Aku send1ri pun tak tahu Miss K kenapa mereka putus tapi bila jenguk Instagram Risteena dan Ikhwan, masing-masing dah padam gambar bersama,” dkwa Azam.

Apa yang lebih mengejutkan Miss K, Azam mendkwa Risteena kini sedang menyulam kasih dengan pelakon dan penyanyi baru, Isa Khan.

“Pelik ke tak pelik Miss K, sebab selama ni yang sorok wajah kekasih cuma adik dia, Ruhainies tu… Cover pakai emoji… Kali ni, kalau Miss K usha posting baru Instagram Risteena, dia up video ada jejaka suapkan dengan ‘caption’ berbunga. Eh, berlawan pulak adik beradik cover muka guna emoji.

“Peliknya, Risteena pun nak tiru Ruhainies jugak, cover dengan emoji. Kenapa nak kena cover agaknya tu Miss K? Aku risik punya risik, rupanya Isa Khan,” kata Azam lagi.

Azam turut memberikan Miss K foto Risteena bersama Isa dengan Farali Khan, kakak kepada Isa dengan kapsyen ‘family’ tapi khabarnya foto terbabit dah dipadamkan. Err, sejak bila pulak mereka bersaudara?

Azam juga memberikan Miss K foto seorang jejaka yang dikongsi di Instagram Risteena, tapi aktres itu menutup wajah jejaka terbabit dengan bunga.

Malah, Azam juga bagi Miss K foto yang dikongsikan Isa di ruangan IG Story. Isa up foto d1rinya dengan seorang wanita tapi muka wanita terbabit kena tutup dengan emoji love.

Hmmm… Miss K tahu yang Isa dan Risteena ada berlakon sama dalam drama bers1ri Bulan Di Kota Langit, tapi tak tahu pula mereka dah menyulam cinta… Biar betul?

Kalau benar, apa salahnya kan? Kalau salah, mungkin Azam memberikan Miss K informasi yang salah…. Apa yang penting, Miss K doa yang baik-baik untuk semua pihak…

Miss K: Terdengar juga cerita pelakon berstatus isteri orang tengah angau kemaruk bercinta dengan jejaka yang juga suami orang… Ish, ish… Takutlah Miss K!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Cinta 7 Tahun Risteena Telah Terlerai, Kini Dikatakan Sedang Bercinta Dengan Isa Khan?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*