“Saya Tak Caras Laki Orang!” – Bunga Akui Bercinta Dengan Anggota Kumpulan Viral

Penyanyi rap wanita yang sedang meningkat naik, Bunga mendedahkan dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan anggota kumpulan Viral, Amzar Sabri.

Berkenalan sejak tahun lalu, kata Bunga atau nama sebenarnya  Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 19, dia selesa untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan jejaka kelahiran Pahang itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Slide ke tepi, rasa rasa tgah bincang ape tu🤔

A post shared by NEW SINGLE TAP THE LINK (@bungaisme) on

“Alhamdulillah saya sudah ada teman lelaki dan dia pun bekerja dalam industri hiburan juga dengan menghasilkan lagu dan sebagainya.

“Saya tak caras lelaki orang dan sebenarnya Amzar juga rakan sekerja saya yang selalu menemani saya.

“Asalnya bukan bercinta pun, kami kenal ketika saya mula-mula menyertai pertandingan nyanyian tahun lalu dan sehingga kini kami menggunakan masa yang ada untuk saling mengenali satu sama lain,” katanya kepada Gempak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Eh sape tu ? Jenguk sikit…

A post shared by NEW SINGLE TAP THE LINK (@bungaisme) on

Bunga menyifatkan Amzar sebagai lelaki yang budiman, mesra dan tidak lokek berkongsi ilmu bersamanya.

“Dia baik hati tetapi pada masa sama sangat serius apabila bekerja.

“Dialah yang sering membantu saya mendalami ilmu muzik dan memberikan pendapat dalam penghasilan lagu atau l1rik,” tambahnya.

Sedikit latar belakang Amzar, penyanyi berusia 21 tahun itu merupakan anggota kumpulan duo Viral bersama pasangan kembarnya, Amsyar yang pernah tular sekitar tahun 2015.

Viral pernah menghasilkan album Sentuh Hatiku pada tahun 2016 dan terbabit dalam penghasilan l1rik lagu Jangan m4rah (Ernie Zakri), Boleh Blah (Nana Sheme) dan Sampai Jannah (Farah Farhanah).

Manakala Bunga pula mula melakar namanya tahun ini apabila menjadi ikon penyanyi rap wanita pertama yang memakai baju kurung ketika membuat persembahan.

Terbaharu, Bunga baru melancarkan lagu sulungnya berjudul Bunga.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sorry gang, harini kami matching lagi.

A post shared by NEW SINGLE TAP THE LINK (@bungaisme) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya Tak Caras Laki Orang!” – Bunga Akui Bercinta Dengan Anggota Kumpulan Viral"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*