“Biarlah Orang Kata Saya Bagi Anak Perempuan Free, Saya Tak Kisah” – AYAH

Itulah senario yang berlaku pada masa kini dan telah menjadi trend masyar4kat di negara ini. Namun, lain pula yang berlaku kepada pasangan ini di mana majlis yang diadakan dilaksanakan secara sederhana.

Majlis seperti ini mungkin dianggap “Taboo” oleh kebanyakan keluarga, namun sebenarnya inilah majlis yang dituntut oleh agama Islam. Semoga menjadi pengajaran kepada semua…

TIADA persalinan gah.

Tiada persandingan.

Tiada hantaran beribu.

Tiada dulang berbaris.

Tiada jemputan.

Tiada kenduri-kendara.

Majlis pernikahan pun tiada.

Hanya akad nikah semata.

Tiada belanja besar untuk hari bahagia pasangan berusia awal 20-an dari Cheras."Biarlah Orang Kata Saya Bagi Anak Perempuan Free, Saya Tak Kisah" - AYAH - nangtime.comPernikahan itu berlangsung di Masjid An-Najihin, Bandar Sri Permaisuri dan dihad1ri keluarga terdekat dan rakan-rakan pasangan muda itu.

Hanya sebentuk cincin dan manisan duduk di atas dulang yang dibawa pihak lelaki… tanpa sebarang hantaran.

Mas kahwin pula hanya RM100 disediakan pihak lelaki, lebih RM20 dari ketetapan mas kahwin untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pengantin perempuan manis berbaju kurung putih, manakala pengantin lelaki hanya mengenakan kurta putih, seluar hitam dan songkok.

Ahli keluarga pengantin perempuan juga berpakaian ala kadar.

Pernikahan ‘sempoi’ itu diilhamkan send1ri oleh bapa kepada pengantin perempuan, seorang pengurus besar stesen televisyen tersohor Malaysia.

Kewangan bukan masalah bagi meraikan perkahwinan anak sulungnya dengan gilang-gemilang, tetapi mengakui keputusan itu diambil bersandarkan pengalaman send1ri suatu ketika dahulu.

“Saya ni orang susah dahulu. Waktu saya nak kahwin, saya terpaksa buat pinjaman peribadi. Saya turut menjual share saya di akhbar Utusan ketika bertugas di sana waktu itu,” jelas bapa kepada empat orang anak itu.

Baginya, tindakan tidak membazir ini bakal memudahkan perjalanan hidup anak sulungnya kelak.

“Saya tak mahu anak saya melalui liku hidup sama seperti yang saya lalui. 16 tahun kerja, barulah mampu nak beli rumah send1ri. Betapa sukarnya nak menyara keluarga, dalam masa sama membayar semula pinjaman peribadi dan hutang rumah dan kereta. Apatah lagi dengan gaji sederhana hidup di tengah bandar,” jelasnya.

Peribahasa “biar m4ti anak, jangan m4ti adat” tidak terpakai dalam keputusan mengahwinkan anaknya itu.

Dia juga tidak ambil pusing pandangan masyar4kat terhadap keputusan yang diambil.

“Biarlah apa orang nak kata, bagi anak perempuan free-lah, ada yang pandang seronglah, saya tak kisah. Saya tahu apa yang saya lakukan demi kebaikan anak saya send1ri.”

Jelasnya, “Bukan saya menentang adat, tetapi saya lebih sayang anak saya. Duit yang ada, lebih baik guna untuk kegunaan anak saya selepas perkahwinan.”

Pasangan itu cukup beruntung apabila bapa pengantin perempuan menyediakan wang pendahuluan untuk membeli rumah kelak dan juga sebuah kereta sebagai hadiah perkahwinan mereka.

Dia mengh4rapkan hadiah berkenaan dapat memudahkan urusan rumah tangga anaknya yang baru dibina..

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Nangtime

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Biarlah Orang Kata Saya Bagi Anak Perempuan Free, Saya Tak Kisah” – AYAH"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*