“Bermula Dengan Perniagaan Kasut Secara Kecil-Kecilan Di Rumah…,” – Atas Sukses, Neelofa Terima Influencer Awards 2019 Monaco

Usahawan dan hos terkenal, Neelofa sekali menjadi perhatian apabila pengasas Naelofar itu menerima anugerah Entrepreneur menerusi Influencer Awards 2019 Monaco yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco, pada Ahad.

Merakamkan rasa terharu, Neelofa menjelaskan d1rinya berasa sangat teruja apabila diiktiraf menerusi anugerah berkenaan memandangkan setiap penerima yang terpilih dipilih juri berpengapaman.

Malah, setiap barisan calon-calon setiap kateg0ri datang daripada seluruh dunia.

“Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur dan teruja menerima anugerah ini.

“Memandangkan pemilihan setiap penerima anugerah dibuat berdasarkan penilaian juri dari New York, Los Angeles, Perancis dan negara Timur Tengah, ia membuatkan anugerah ini bertambah istimewa,” katanya.

Menurutnya lagi, bisnes hijab yang diusahakannya sejak 2014 serta prioritinya terhadap modest fashion telah membuka peluang untuk buatnya mengembara seterusnya memperkenalkan Malaysia ke persada dunia.

“Saya send1ri tidak sangka diberikan pengiktirafan sebegini rupa. Bermula dengan perniagaan kasut secara kecil-kecilan di rumah membawa kepada kewujudan jenama Naelofar, pengiktirafan ini merupakan titik tertinggi dalam karier bisnes saya setakat ini.

“Sejujurnya, saya berasa sangat bertuah memandangkan bisnes hijab ini mampu menjadi platform buat saya memperkenalkan negara kita dan modest fashion kepada orang luar,” terang Lofa optimis.

Influencer Awards 2019 Monaco merupakan penganjuran kedua selepas diadakan dengan jayanya pada tahun lalu.

Anugerah ini direalisasikan oleh Pauline Ducruet iaitu anak sulung kepada Puteri Monaco, Puteri Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.

Influencer Awards 2018 Monaco diadakan pada 7 Oktober 2018 di Hotel Meridien Beach Plaza, Monte Carlo. Sebanyak 27 anugerah telah diserahkan pada majlis tersebut.

Antara pemenang pada majlis tersebut termasuklah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kateg0ri Lifestyle) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kateg0ri Make-Up Artist influencer).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

FLAWLESS @lancomeofficial ‘s Teint Idole Ultra Wear has been my go-to foundation with its lightweight and matte texture. You can also walkaway with one too! Find your shade here https://www.lancome.com.my/teint-idole-ultra-long-wear-foundation.html and tell me what do you like about it below and the comment with the most likes wins!#LancomeTeintIdoleUltraWear #lancomemy

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

 

Foto: Naelofar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Media Hiburan

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Bermula Dengan Perniagaan Kasut Secara Kecil-Kecilan Di Rumah…,” – Atas Sukses, Neelofa Terima Influencer Awards 2019 Monaco"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*