Berlemah Lembutlah Kepada Wanita Yang Anda Sayangi Mengikut Sabda Nabi…

Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akh1r4t, janganlah dia mengg4ngu jirannya. Berbuat baiklah kepada wanita, sebab mereka diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atasnya. Jika engkau cuba meluruskannya, maka engkau akan mematahkannya dan jika engkau biarkan, ia akan tetap bengkok. Jadi kerana itu, berbuat baiklah kepada wanita.”

[HR Bukhari]

Wanita diciptakan sifatnya yang lembut. Mudah menitiskan air mata dan cepat terasa.

Walau dilihat dengan mata kasar dia seorang yang kuat, tapi ketahuilah dia menumpah air mata seorang d1ri.

Bersembunyi dari diketahui oleh orang lain dan mangalirkan air mata tersebut.

Setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Begitu juga dengan seorang wanita. Jika dia berbuat salah, tegurlah dia dengan cara yang elok. Apabila dia mengalirkan air mata, jadikan bahu anda sebagai tempat dia berpangku.

Wanita sememangnya banyak bicaranya, banyak soalnya, banyak juga bantahnya. Sebagai seorang lelaki sejati, ‘bersabarlah’ dengan kerenah mereka.

Kerana mereka ini diibaratkan seorang anak kecil. Jika tersalah bicara, cepat terasa. Jika dibiarkan makin menjadi-jadi pula kerenahnya. Maka, perbaikilah dia dengan ‘berlemah lembut.’

Apapun, wanita amat diperlukan oleh seorang lelaki. Hidup keseorangan menyebabkan lelaki kesunyian. Dengan adanya mereka, dapat menjadi pemangkin semangat untuk hidup.

Tapi, pilihlah wanita yang baik, dengan hidup bersama mereka. Jiwa akan menjadi tenang walaupun kadang kala memeningkan. Dunia ini perhiasan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.

Jika seorang wanita mempunyai kekurangan di mata anda, pastinya dia juga mempunyai kelebihan. Lihatlah kelebihan tersebut untuk merawat dvka.

Dia sanggup bersusah payah dengan anda semenjak anda tiada apa-apa sehingga apa saja semuanya ada. Sanggup anda memperlakukan kebvrukan terhadap wanita tersebut?

Oleh itu, santunilah mereka. Dengan cara itu dia juga akan menghorm4ti anda. “what you gift, you get back.” Selamat berkasih sayang bersama wanita. Semoga anda bahagia dengannya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Nasihatustazz

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Berlemah Lembutlah Kepada Wanita Yang Anda Sayangi Mengikut Sabda Nabi…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*