‘Bergambar’ Dengan Mira Filzah, Ramai Puji Suntingan Lelaki Ini Nampak Real

Bagi ramai anak-anak muda, bertemu dengan selebriti kegemaran mereka adalah pengalaman yang paling bermakna dan dinanti-nantikan.

Namun tidak semua bernasib baik untuk bertemu dengan artis kesukaan mereka, lebih-lebih lagi jika artis itu adalah artis yang sedang hangat dalam industri hiburan dan sentiasa sibuk bekerja, seperti Mira Filzah.

Namun itu tidak menghalang seorang lelaki ini untuk merealisasikan impiannya untuk bergambar bersama Mira.

Dalam satu posting di Twitter, lelaki itu telah berkongsi foto dia bersama Mira Filzah di pantai, dan tanpa membaca kapsyen, pasti ramai tertanya-tanya bagaimana dia dapat berposing begitu mesra dengan pelakon terkenal itu.

Tetapi sebenarnya gambar berkenaan telah disunting oleh lelaki atas nama Fakrul itu dengan meletakkan Mira ke dalam gambarnya, membuat ramai yang terhibur dengan hasil yang realistik itu.

Malah Mira send1ri juga kagum dengan suntingan lelaki itu, mengundang lebih ramai netizen untuk menunjuk kebolehan mereka ‘bergambar’ dengan Mira

“Walaupun edit..tak ada…”

“Desperate sgt tu…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Twitter via HCL

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "‘Bergambar’ Dengan Mira Filzah, Ramai Puji Suntingan Lelaki Ini Nampak Real"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*