Bekas Guru The Little Miss Khan Dedah Sikap Sebenar InstaFamous Ini…

Nampaknya isu adik Neelofa memperlekehkan jenama telefon pintar popular di Malaysia menjadi antara topik hangat yang sedang diperkatakan oleh netizen. Seperti yang min pernah katakan tidak tahulah sama ada ia memang disengajakan ataupun tidak hanya tuan punya badan sahaja tahu.

Namun, kisah ini bukan sahaja mendapat perhatian dikalangan netizen, sebaliknya bekas guru-gurunya. Melalui DM Media Hiburan di Instagram, ada netizen yang mengaku dia merupakan salah seorang tenaga pengajar di sekolah yang pernah Ameera belajar sebelum menggunakan khidmat Home School.

Menurutnya dia akui Ameera memang seorang yang agak lemah dalam mata pelajaran namun dia tidak menolak gadis ini memang mahir dalam sesuatu bidang. Malah, dia juga memberitahu tidak terkejut bagaimana Ameera memberi respon kepada beberapa soalan contoh seperti isu “ewww..” itu kerana baginya kadang kala Ameera seakan seperti tidak memikirkannya sebelum menjawab.

Malah, guru ini turut berkata adakalanya perasaan menyampah juga wujud pada d1rinya apabila melihat Ameera selalu berangan kononnya dia salah seorang keluarga Kadarshian Malaysia. Bagaimanapun guru ini memuji sikap kakak Ameera iaitu Atisha Khan dan memberitahu sehingga kini Atisha masih berhubung dengannya.

Dalam pada itu, guru ini turut menjelaskan kakak Ameera iaitu Atisha juga tidak suka jika adiknya ini terlalu ‘kekwat’ di sekolah.

“S*ms*ng? Euww What Are You Talking About?” – Ameera Khan Dik3cam ‘Euww’ kan Jenama Telefon Bimbit?

Siapa yang tidak mengenali instafamous Ameera Khan bukan? Selain merupakan adik kepada pengacara Neelofa, Ameera juga digelar Kylie Jenner Malaysia! Selain sering memuat naik gambar di Instagram, Ameera turut aktif dalam laman Youtube dan gemar memuat naik video di laman berkenaan.

‘Takkan Masuk International School Nak Ambil SPM?’ – Adik Neelofa

Selain Neelofa, adiknya Ameera Khan turut ‘terkena tempias’ populariti dan mengumpul pengikutnya tersend1ri. Walaupun tidak berkecimpung dengan dunia seni secara langsung, Ameera atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan di media sosial mempunyai lebih 800 ribu follower di Instagram.

Pernah beberapa kali membuat kenyataan ‘bikin panas’ di media sosial sebelum ini, si cantik ini sekali lagi membuatkan netizen triggered dan melatah dengannya. Kenapa ya? Kelakarnya, Ameera menerusi Twitternya membuat satu status yang mengatakan dia tidak belajar di sekolah antarabangsa semata-mata untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia.

Kenyataan itu mungkin kedengaran agak meninggi d1ri di pandangan netizen kerana beberapa hari lalu netizen ada memperlekeh satu jenama telefon dalam video di Youtubenya. Kakak awak ambil jugak SPM dulu, Kenyataan Ameera itu kemudiannya ditentang netizen yang mengatakan kakaknya Neelofa send1ri menduduki peperiksaan itu dan meraih keputusan cemerlang dengan 10 A pada 2006 sebelum bergelar artis.

h4rap kau adik beradik boleh stop buat parents malu, Kenyataan berani Ameera itu turut membuatkan pengikutnya menasihatkannya untuk tidak lagi membuat sesuatu yang boleh memalukan ibu bapa kerana apabila sesuatu isu bangkit, sudah tentu ibu bapa yang akan dipersalahkan.

Balik rumah baca alif ba ta, Ujar netizen lagi, Ameera yang muda remaja masih bergantung kepada kakak dan keluarganya dan tidak mempunyai pendapatan send1ri. Namun tindakannya seperti sudah terlalu dewasa untuk gadis sebayanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Sumber

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Bekas Guru The Little Miss Khan Dedah Sikap Sebenar InstaFamous Ini…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*