Ayah lagi sweet banding boyfriend, tapi anaknya tak balas mesej sebab asyik spam – “Bukan semua boleh rasa macam tu, ada yang tak ada bapa”

NIAT seorang gadis membandingkan antara bapa dan teman lelakinya mengundang padah gara-gara perkongsian s1ri pesanan teks yang dihantar bapanya tidak dijawab.

Berdasarkan jawapan salam pada permulaan mesej pukul 10.14 malam Jumaat, bapa kepada gadis berkenaan dipercayai membalas mesej yang dihantar oleh anaknya.

Bapanya turut cuba menghubungi anaknya tetapi panggilan tidak dijawab dan memberitahu amat merindui suara anaknya.

“My dad lagi sweet daripada boyfriend I. Macam mana ni hahaha,” menurut perkongsian gadis itu di laman sosial Twitternya sehingga tular.

Kapsyen itu bagaimanapun dikec4m warganet berikutan banyak mesej yang dihantar bapanya tidak dibalas sehingga bapanya menghantar lagi mesej keesokan hari.

“Sweet daripada boyfriend tapi balas pun tak. Jahanam teruk. Alasan sebab bapa awak spam banyak tak larat nak balas??? Boyfriend spam macam tu mesti larat,” tvlis seorang pengguna Twitter yang berang dengan keterangan gadis tersebut.

Perkongsian seorang gadis yang membandingkan bapa dan kekasihnya.

Menerusi bebenang, pengguna Twitter yang juga seorang gadis mendakwa: “Dia sebelum ini sebut abah asyik spamming, tak larat nak balas”.

Pengguna Twitter itu turut memberitahu bahawa bukan semua orang berpeluang mendapat layanan semanis itu kerana segelintirnya telah kehilangan bapa buat selama-lamanya.

“Bukan semua boleh rasa macam tu, sesetengah daripada kita tak ada bapa. Segelintir ayah pula tak pandai meluahkan rasa sayang mereka. Sudah cukup baik ayah dia hantar mesej dan berkomunikasi dengan dia,” tambahnya.

Seorang warganet mempertikaikan gadis berkenaan tidak membalas mesej bapanya.

Rata-rata warganet lain turut menyifatkan gadis berkenaan amat bertuah kerana mempunyai seorang bapa yang penyayang.

“Jika saya ada peluang untuk melalui seperti ini, saya suka untuk membalas setiap satu mesejnya,” komen seorang warganet.

“Aku boleh nangis sebaldi kot kalau ayah aku luahkan perasaan dia macam ni. Tapi dia luahkan perasaan dengan perbuatan dia, bukan kata-kata,” tvlis seorang gadis.

 

Aku boleh nangis sebaldi kot kalau ayah aku luahkan perasaan dia macam ni. Tapi dia luahkan perasaan dengan perbuatan dia, bukan kata-kata.

WARGANET

“Saya cemburu dengan mak ayah yang pandai guna WhatsApp. Mak ayah saya tak pandai guna WhatsApp walaupun ayah ada WhatsApp. Ayah tahu baca je, balas tak tahu. Jadi, kalau rindu ke apa-apa, telefon je,” komen seorang lagi warganet.

“Saya rasa teruk kalau saya balas lambat mesej ayah,” ujar seorang pemuda.

“Kita ni dalam mimpi jelah ayah nak ambil berat WhatsApp macam tu,” luah seorang lagi dengan nada kesal.

Bukan semua bertuah mendapat mesej daripada seorang bapa yang rindu pada anaknya.

Dalam pada itu, seorang warganet mempersoalkan kewajaran gadis berkenaan dikec4m kerana kemungkinan dia sudah tidur ketika menerima mesej tersebut.

“Kalau pukul 9 malam kau sudah tidur, macam mana kau mahu balas chat pukul 10 malam tu,” soal seorang pemuda.

“Apa yang tak kena? Boleh je balas esoknya atau telefon ayah dia. Apa yang susah sangat dia nak buat macam tu,” jawab seorang warganet.

“Dia bandingkan ayah dia dengan boyfriend dia? Ayah dia sangat sayangkan dialah,” ujar yang lain mempertikaikan tindakan membuat perbandingan itu.

Perkongsian gadis mengenai mesej bapanya itu kemudiannya telah dipadam susulan kec4man warganet.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ayah lagi sweet banding boyfriend, tapi anaknya tak balas mesej sebab asyik spam – “Bukan semua boleh rasa macam tu, ada yang tak ada bapa”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*