Apa lebihnya wanita ini sampai jadi pilihan selebriti popular tanah air?

Sesetengah orang menganggap kerjaya jurusolek hanya untuk syok send1ri dan sekadar mengisi masa terluang.

Lebih mengecewakan, jika menjadi jurusolek artis, ramai yang kata sebab nak kejar glamor kerana dapat bersama dan menumpang populariti golongan selebriti.

 

Sakinah bermula dari kosong dalam bidang solekan namun kini berjaya sebagai jurusolek terkenal.

Sakinah Alfakhri atau lebih dikenali dengan nama pentas Yna Sakinah,29, adalah salah seorang make-up artist (MUA) yang menjadi rebvtan selebriti popular tanah air terutamanya artis berhijab.

Antara selebriti yang sering menggunakan sentuhan magisnya ialah Mira Filzah, Sari Yanti, Farahanim Razak, Datuk Siti Nurhaliza, Bella Dally dan ramai lagi.

Datuk Seri Siti Nurhaliza antara nama besar yang turut menggunakan sentuhan Sakinah.

Bersama pelakon jelita Fazura.

“Saya bermula dari bawah sejak tujuh tahun dahulu. Menjadi pelajar sepenuh masa, MUA sambilan dan perunding kecantikan sambilan sebuah jenama kosmetik.

“Dari situ saya banyak explore teknik mekap yang betul dan di situ saya diajar dan mengajar. Kemudian barulah jadi MUA sepenuh masa.

“Saya berpeluang mengikuti International project photoshoot muslimah untuk mekap di Melbourne, Korea dan Jepunn dan membuat solekan untuk pertunjukan fesyen bagi jenama-jenama besar di pentas antarabangsa,” ujar Sakinah yang cukup dikenali dengan signatur solekan yang natural, fresh dan elegan.

Biarpun mempunyai ijazah dalam bidang kewangan, dia lebih selesa dan seronok sebagai MUA yang sudah sebati dalam jiwa anak jati Kuala Lumpur ini.

Mira Filzah antara selebriti yang sering disolek Sakinah.

Bersama pelakon Ummi Nazeera.

Sakinah diberi kepercayaan oleh hos TV Al-Hijrah, Farahanim Razak untuk merias wajahnya di hari pernikahan instafamous itu.

Kongsi Sakinah, kerjaya jurusolek ini sama penting nya dengan kerjaya profesional yang lain. Disiplin terutamanya terhadap urusan temu janji selain sentiasa kreatif dengan teknik baharu solekan menjadi kunci kejayaan.

Sakinah yang turut menjadi rebvtan bakal-bakal pengantin menganggap kerjaya MUA juga seperti fesyen di mana trend berubah dari tahun ke tahun.

“Tambahan pula produk kosmetik juga sentiasa diperbaharui. Kita harus tingkatkan kualiti perkhidmatan mekap untuk menjadi lebih profesional,” ujarnya yang bersyukur kerana khidmatnya sering mendapat perhatian golongan selebriti.

Cantiknya sentuhan mekap Sakinah ni. Patutlah jadi pilihan artis-artis popular.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : MediaOhsem

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Apa lebihnya wanita ini sampai jadi pilihan selebriti popular tanah air?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*