“Ada ‘Tangan Ajaib’ Yang Nak Tengok Kami Berpisah, H4sut Isteri Saya” – Datuk Red

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu berkata, ada pihak yang ingin melihat dia dan isterinya, penyanyi Adira Suhaimi berpisah.

Bagaimanapun katanya, meskipun ada tangan aj4ib yang ingin melihat mereka berpisah, dia akan sedaya upaya menyelamatkan perkahwinan.

“Memang ada pihak yang ingin melihat kami berpisah. Saya pun tak tahu kenapa. Benda baik pun ada yang menghalang.

“Sebagai ketua keluarga saya akan cuba mempertahankan rumah tangga kami meskipun tangan aj4ib itu dalam kalangan keluarga send1ri,” katanya.

Menurutnya, sebagai manusia dia tidak lari daripada melakukan kesilapan namun akan cuba memperbaiki d1ri dan menyelamatkan perkahwinan mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Perhhh panjanggg tapi demi malaysia 🇲🇾..perut skit plak nk ek ek huhuhuhu #datoredhensem #pru15 #kampunghalaman

A post shared by @ dato.red on

“Sebelum ini saya akui tidak pikul tanggungjawab dengan serius. Saya leka dengan banyak perkara.

“Malah dulu ketika sibuk dengan urusan duniawi, saya pernah kata kalau perempuan pergi dalam hidup ini, boleh cari lain.

“Tapi sekarang saya tak nak semua itu. Allah sudah memberi petunjuk, walaupun dah terlewat tapi saya masih ada h4rapan sebelum perkahwinan ini hancur,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai pend1rian Adira yang tetap meneruskan percer4ian, Datuk Red mengakui tidak faham dengan pend1rian isterinya itu yang sering berubah.

“Semua sudah sedia maklum dia memohon percer4ian ini sejak April lagi. Kadangkala saya akui tidak berapa faham dengan dia punya hati dan perasaan.

“Sebagai contoh, malam sebelum perbicaraan sebelum ini kami ada berbincang supaya dia menarik balik semula kes terbabit dan reda namun boleh bertukar fikiran pula.

“Mungkin ada individu yang mengh4sutnya. Apapun saya tidak boleh jangka dia punya hati tapi saya akan pertahankan hubungan ini demi anak,” katanya.

Terdahulu Adira memfailkan permohonan cer4i terhadap suaminya di Mahk4mah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 28, memfailkan permohonan itu pada 1 April lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Und4ng-und4ng Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Ketika disoal Hakim Syarie Mohd Faizal Habib mengenai pend1rian Adira berhubung permohonan cer4i itu, bintang Akademi Fantasia berkenaan menjawab ‘saya tetap mahu teruskan percer4ian ini’.

Bagaimanapun, Adnan ketika disoal Mohd Faizal membantah permohonan isterinya itu.

Adnan, seorang ahli perniagaan menikahi Adira di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : HM via Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Ada ‘Tangan Ajaib’ Yang Nak Tengok Kami Berpisah, H4sut Isteri Saya” – Datuk Red"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*