5 Rahsia Besar Kebaikan Dan Keistimewaan Mengamalkan Qiamullail

Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)

Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan dih4puskan d0sa2 mereka.

Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, pengh4pus kesalahan dan pencegah d0sa.”  (HR; Muslim)

HEBATNYA MALAM

Malam adalah waktu paling istimewa dan hebat. Allah SWT menyifatkannya sebagai malam yang berkat. Firman Allah SWT; “Dan lagi dalil yang terang (tanda kebesaran Allah) untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;” (Yaa Siin 36:37)

Firman Allah SWT: “Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta d1rikan solat Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akh1r4t di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’: 79)

Banyak perkara-perkara ker0hanian berlaku pada waktu malam, contohnya Nabi Muhammad SAW mengalami Israk dan Mikraj pada waktu malam, al-Quran turun pada malam Lailatul Qadar,  Allah SWTberdialog dengan Nabi Musa a.s. setelah baginda bermunajat selama 40 malam di Bukit Tursina juga berlaku pada waktu malam. Kitab-kitab terdahulu juga diturunkan pada waktu malam, Nabi Ibrahim menemui hakikat ketuhanan pada waktu malam dan baginda mendapat perintah Allah mengorbankan anaknya Ismail pun berlaku pada waktu malam.

Terdapat keistimewaan dan kekuatan luar biasa pada waktu malam. ( 5 Rahsia Qiamullail )

1. Menghidupkan dan membuka mata batin/hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan yang sebenar.

2. Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan

3. Dapat muhasabah kekuatan d1ri

4. Mewujudkan keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.

5. Menghindari sifat r1ak kerana hanya melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT sahaja.

WAKTU AFDAL QIAMULAIL

Adalah lebih afdal dilewatkan Qiamullail sehingga kepada salah satu pertiga yang akhir dari malam.

Rasulullah SAW bersabda: “Pada setiap malam, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuninya.”  (H.R. Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya)

Maksud hadis ini : Bahawasanya pintu rahmat Allah itu terbuka pada malam hari seluas-luasnya, khususnya pada akhir-akhir malam. Segala permohonan diterima pada ketika itu.

D1riwayatkan daripada Ibnu Abbas RA katanya, Rasulullah SAW telah menyuruh kami mengerjakan solat malam dan baginda menggalakkannya sehingga ia bersabda: “Hendaklah kamu mengerjakan solat malam itu walaupun satu rakaat”. (Al-Tibrani)

AMALAN QIAMULAIL

Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menunaikan solat malam, antaranya membersihkan d1ri sebelum tidur, mengambil wuduk dan tidur menghadap kiblat.

Solat malam perlu dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dilakukan sebanyak mungkin rakaat mengikut kemampuan.

Ketika Qiamullail digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut:-

1. Solat Sunat Tahajjud

2. Solat Sunat Taubat

3. Solat Sunat Tasbih

4. Solat Sunat Hajat

5. Solat Sunat Witir

Disamping itu beramallah juga dengan amalan seperti membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar, berdoa dan sebagainya.

FADILAT QIAMULAIL

1. sentiasa mendapat keredaan dan pengawasan Allah.

2. memudahkan menyeberangi jambatan siratulmustakim.   

3. Saat mustajab doa dikabulkan Allah.

Jabir mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Pada malam hari, ada satu saat (yang berkat) yang jika seseorang Muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia dan akh1r4t, nescaya Allah kabulkan doanya. Saat itu wujud pada setiap malam.”

HIKMAH QIAMULAIL

1. Bangun bersolat dan bertasbih pada sebahagian malam akan;

2. Ayat-ayat bacaannya lebih sempurna dan betul.

3. Membawa kesan iman yang mendalam,

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber:  shafiqolbu. 

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "5 Rahsia Besar Kebaikan Dan Keistimewaan Mengamalkan Qiamullail"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*