[VIDEO] Mira Filzah lemp4ng pelakon baru nak up, Uchee woshu woshu bebel di set

PUTRAJAYA: Dikurniakan pakej lengkap, selain memiliki personaliti menyenangkan dan dibantu populariti drama Pujaan Hati Kanda serta Lelaki Kiriman Tuhan, tuah menyebelahi pelakon jelita, Mira Filzah apabila dijulang peminat sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, malam ini.

Meraih undian tertinggi menerusi kateg0ri Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa dengan 6,320,463 undi, Mira, 26, menafikan kemaraan pencabar terdekatnya, Khai Bahar yang dilihat berpotensi besar mengungguli trofi tu.

Yang turut memberikan saingan bagi gelaran tertinggi pada acara kemuncak yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu ialah Janna Nick, DJ Lin dan Fattah Amin.

Kemenangan itu melayakkan Mira membawa pulang hadiah utama, kereta Nissan X-Trail 2.0L Hybrid bernilai RM160,000, sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) berserta trofi.

Hadiah disampaikan pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 1990, Aishah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Full dress look by @afiqmofficial. Styled by @abushaefhamza . . #ABPBH32

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Terdahulu, Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah Badioezaman mengungguli kateg0ri Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa, menghampakan Siti Nordiana dan Janna Nick yang turut memberikan saingan sengit membuktikan pengaruh mereka pada mata peminat.

Mira juga cemerlang apabila membawa pulang trofi Pelakon Filem Wanita Popular, menafikan kemaraan bintang senior, Erra Fazira dan Delimawati, selain Uqasha Senrose serta Hannah Delisha.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Don’t tell me the sky is the limit when there are footprints on the moon. 🌙 . . Styled by @abushaefhamza. Tap for more details . . #ABPBH32 #MiraFilzah

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Keampuhan gandingannya bersama Remy Ishak turut membawa tuah kepada anak kelahiran Ipoh, Perak itu apabila diumumkan sebagai pemenang kateg0ri online, Gandingan Serasi Drama Popular menerusi Pujaan Hati Kanda.

Meskipun nasib belum berpihak kepadanya untuk meraih gelaran Bintang Paling Popular, kedudukan Khai masih tidak goyah apabila mempertahankan buat tahun ketiga berturut-turut trofi Penyanyi Lelaki Popular DuitNow.

ABPBH 32 juga melakar kenangan menarik apabila Syafiq Kyle menebus kekecewaannya tahun lalu dengan meraih Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa. Selain mengekang kemaraan Remy, Syafiq turut menghampakan pemenang tahun lalu, Fattah.

Mira Filzah lemp4ng pelakon baru nak up, Uchee woshu woshu bebel di set

BERLAKON adalah bakat yang perlu diasah dengan latihan kerana tidak semua individu mampu untuk menjiwai watak yang diberi.

Hakikatnya, tanpa latihan dan pengalaman, maka lahirlah istilah pelakon kayu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

“Harus setia ketika hati terluka” . . Fir & Sofea in #AdelleaSofea Akasia TV3.

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Untuk segmen What The! Kali ini, T.H berkunjung set penggambaran drama  Adellea Sofea terbitan Radius One dan mencabar diri untuk bergelar seorang pelakon.

Namun, berlaku satu tr4gedi ketika T.H digandingkan bersama Mira Filzah.

VIDEO :

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Mira Filzah lemp4ng pelakon baru nak up, Uchee woshu woshu bebel di set"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*