Terharu sampai terdiam, Sumareh buat kejutan untuk budak lelaki ini dan ini komen ibunya

TERKEJUT dan hilang kata-kata. Itu situasi dialami peminat cilik skuad Harimau Malaya, Omar Saiful Razman, 8, sebaik dipertemukan dengan pemain idolanya, Mohamadou Sumareh di sebuah hotel terkemuka di Seri Kembangan, hari ini.

Detik pertemuan bersejarah itu dikongsikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi akaun Facebook rasmi persatuan itu, 10.30 pagi hari ini.

Dalam video berdurasi 4 minit 40 saat itu, Sumareh turut disertai kapten Harimau Malaya yang juga penjaga gol, Farizal Marlias bersama pemain pertahanan, Shahrul Saad dan penyerang, Syafiq Ahmad.

Tanpa melengahkan masa, Omar yang ditemani ibunya, pelakon Nadiya Nisaa terus menyerahkan lukisan dan kad ucapan mengandungi kata-kata semangat daripada Omar dan rakannya.

“Saya nampak video awak. Saya sangat gembira dan berterima kasih kepada ibu awak. Saya peminat awak dan seluruh keluarga awak,” kata Sumareh.

Pemain Pahang berasal dari Gambia itu turut menyerahkan beberapa keping tiket kepada Omar untuk menyaksikan perlawanan menentang UAE di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini.

Sumareh berkata, dia sangat beremosi ketika menonton video tular tempoh hari yang menunjukkan reaksi penuh bersemangat Omar meraikan kemenangan Malaysia menewaskan Indonesia 3-2, Khamis lalu.

“Saya gementar untuk bertemu dengan Omar pada hari ini,” luah pemain itu dan mengajak Omar mengiringinya masuk ke padang sebelum perlawanan bermula pada Selasa ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Peminat cilik Harimau Malaya, Omar Bin Saiful Razman, 8, menerima kejutan hari ini apabila diberi peluang bertemu dengan Mohamadou Sumareh dan beberapa pemain skuad Harimau Malaya untuk menerima tiket menyaksikan perlawanan menentang UAE, Selasa ini. Semoga Omar dapat menjadi contoh kepada anak Malaysia yang lain @nadnisaa ! _______________________________________________________________ Follow 2nd acc malaysiasoccer @malaysi4soccer 🔥 . Subscribe Channel 👇 . 📌 Youtube Malaysia Soccer TV 📺 📌 Telegram @malaysiasoccer 📱 . (klik link di bio & highlight @malaysiasoccer ) _______________________________________________________________ #malaysiasoccer #selamanyaharimaumalaya #harimaumalaya #ultrasmalaya #tanahtumpahnyadarahku #malaysia #malaysiaboleh #demimalaysia #negaraku #igreview #paidreview #futsalmalaysia #nfdp #teammalaysia #sayajual #kakibola #kamiteammalaysia #igreviewmurah #sayajualonline #malaysiapower #sayajualmurah #teammalaysia #paidreviewmalaysia #ligamalaysia #futsal #kakifutsal #bazarpaknil #bazaarpaknil #onlineshopmalaysia #igshopmalaysia

A post shared by HARIMAU MALAYA (@malaysiasoccer) on

Dalam pada itu, selain mengucapkan ‘Good Luck’, Omar mengambil kesempatan berkongsi tips kepada skuad kebangsaan terutama cara menumpaskan pasukan UAE.

Apatah lagi sebelum pertemuan itu, Nadiya memberitahu, Omar sudah melakukan carian di Google mengenai corak permainan UAE.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat pagi Malaysia! 🇲🇾☺️ Yesterday has been an unforgettable experience to me & family. We received an overwhelming respond by all the Malaysians towards my home-video of Omar celebrating the last minute goal from Sumareh in IDN vs MAS match last Thursday. Terharu membaca kata-kata semangat yang diberikan kepada Omar. Memang betullah SPORTS UNITES US ALL 💪🏼 Omar memang peminat setia sukan bola sepak & tidak pernah luntur semangatnya bermain & menyokong pasukan Malaysia. Terima kasih semua atas ucapan & doa-doa buat Omar. Dan tak kurang juga yang sedia nak belanja Omar tiket perlawanan. Berkat doa & permintaan daripada anda semua InsyaAllah Omar akan bersama-sama menyanyikan lagu NEGARAKU di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tanggal 10 September nanti. Malaysia Boleh 🇲🇾 #RisingTogether #BangkitBersama #TeamMalaysia #MalayanTiger #HarimauMalaya #bullyingOmar

A post shared by Nadiya Nisaa K (@nadnisaa) on

“Omar tahu perlawanan seterusnya adalah menentang UAE dan sejak dari itu, dia mula ‘Google’ mencari kelemahan pasukan lawan.

“Dia risau sebab UAE pernah kalahkan Malaysia sebelum ini, tapi saya bagi semangat mungkin Malaysia boleh menang sebab bermain di negara sendiri sambil menyuruhnya berdoa banyak-banyak setiap kali solat supaya Harimau Malaya menang.

“Dia beritahu kalau jumpa pemain Harimau Malaya, dia nak kongsi tips itu supaya mereka dapat menambah baik corak permainan pada Selasa nanti,” kata Nadiya.

Pada pertemuan yang diaturkan FAM itu, Omar turut menerima jersi yang ditandatangani Sumareh.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Harian Metro

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Terharu sampai terdiam, Sumareh buat kejutan untuk budak lelaki ini dan ini komen ibunya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*