“Tak Pakai Rasa Tak Selesa Pula,”- Wann Dalam GV6, Pohon Doa Ramai

Terpilih dalam program realiti fenomena, Gegar Vaganza 9 (GV6), penyanyi bersuara ‘meneran’, Wan Rashidah Meor Abdul Rashid atau mesra disapa Wann mempunyai ‘trademark’ tersendiri dalam imejnya.

Selesa mengenakan selendang sejak beberapa tahun lalu, Wann akui dia kini dalam proses belajar untuk berhijab penuh.

“Saya mula secara perlahan-lahan dengan cara memakai sebegini (selendang) sudah empat tahun. Rasanya sudah tiba waktunya dan doakanlah saya agar berhijab penuh.

“Tapi kadang-kadang iman masih turun naik, ada waktunya saya istighfar banyak-banyak agar diberi hidayah untuk tutup secara penuh,”katanya kepada MH.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ingatkan diri selalu, bila rasa diri hebat cepat Istighfar kerana ada orang lain lebih hebat dari kita😌 Salam Jumaat❤ 💕Throwback

A post shared by Wann (@wann_rashidah) on

Bintang senior ini ditemui di The Gardens Theatre, The Gardens Mall pada Selasa, sejurus sesi pengenalan peserta GV6.

Popular dengan lagu Bossanova, Wann atau terkenal dengan usikan manjanya ‘Wann Teran’ tidak kisah dengan kecaman netizen kerana sudah lali dengan kata-kata negatif yang mempersoalkan imejnya.

“Ketika saya mula menyanyi, saya sudah lali dengan kecaman orang ramai. Meski ketika itu tiada media sosial yang besar macam sekarang ini.

“Tipulah saya cakap saya tak terasa. Bagaimanapun, saya tak m4rah mereka (netizen), sebaliknya saya mengaminkan setiap kata-kata mereka dan itu juga merupakan satu ujian buat saya juga,” jujur penyanyi berusia 49 tahun ini. 

Malah, baginya dia selesa dengan pemakaian separa hijab seperti kini.

“Kalau tak tutup dan tak pakai selendang, saya rasa tak selesa pula. Saya rasa macam ‘kosong’ atas kepala.

“Jadi saya harap peminat dan pihak di luar sana mendoakan saya agar memakai tudung sepenuhnya,” pohon Wann.

GV 6 mempertaruhkan barisan penyanyi profesional seperti Sham (Visa), Jatt (Black Dog Bone), Roy, Ameer (Sofazr), Hady Mirza, Naqiu (Boboy), Wann, Mazleela, Feeza, Noorshila Amin, Nurfatima, Kool, dan One Nation Emcess.

Program ini bakal bersiaran di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) bermula 13 Oktober ini yang masih mengekalkan Nabil dan Jihan Muse sebagai pengacara.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Media Hiburan

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Tak Pakai Rasa Tak Selesa Pula,”- Wann Dalam GV6, Pohon Doa Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*