Syafiq Kyle Okay Je Nak Berlakon Lagi Dengan Mimi Lana, Tapi…

Hampir empat tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Syafiq Kyle tidak mempunyai sebarang masalah untuk bergandingan dengan kekasihnya, pelakon Mimi Lana dalam satu naskah.

Pernah bergandingan di set penggambaran drama bers1ri Sekali Aku Jatuh Cinta dan Bukan Cinta Aku, pasangan selebriti ini sekali lagi ditemukan dalam filem terbaru berjudul Pusaka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Keep your eyes on the stars, and your feet on the ground. ⠀ Thanks @hackettlondon and @arymuzamer for perfecting my look last night.

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez) on

Menariknya, mereka tidak memegang watak sebagai pasangan bercinta.

Menerusi filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director’s Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47 ini, Syafiq dan Mimi memegang watak sebagai kembar tidak seiras.

“Filem ini sangat menarik kerana saya dan Mimi menjayakan watak sebagai adik beradik kembar. Saya sukakan naskah ini serta teruja menanti tarikh tayangannya.

“Saya sering menjayakan naskah ser4m… Jika peminat masih ingat, saya mula berlakon dalam drama bers1ri Tanah Kubvr.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siapa nak mengorat abang i kena dapat approval i dulu ok 😜 #filempusaka

A post shared by MIMS (@missmimilana) on

“Jadi, tiada masalah untuk saya merealisasikan kar4kter dalam naskah ser4m dan Pusaka merupakan satu filem yang sangat unik kerana menggabungkan elemen misteri serta penyiasatan dalam satu karya,” katanya.

Syafiq ditemui di majlis pelancaran filem Pusaka di Restoran Subak, Sungai Pechala pada Khamis.

Dalam pada itu, Syafiq mengakui dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk digandingkan dengan kekasihnya dalam filem atau drama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Last day for Nadia . #7netizen ⛱ . . 📸 @naomilarra

A post shared by MIMS (@missmimilana) on

“Semuanya baik-baik sahaja. Saya dan Mimi bekerja secara profesional. Saya tak kisah mahu digandingkan dengan Mimi tetapi biarlah watak yang diberikan itu lebih dari sekadar watak cinta.

“Diluar set kami sedang menjalin hubungan, jadi kami mencari watak yang lebih unik atau menarik untuk dijayakan,” katanya lagi.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Selain Syafiq dan Mimi, filem ini turut menampilkan pelakon seperti seperti Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My one and only Tengkujuh isma in #bukancintaaku pukul 7 malam ni @tv3malaysia 💖

A post shared by MIMS (@missmimilana) on

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Astro Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Syafiq Kyle Okay Je Nak Berlakon Lagi Dengan Mimi Lana, Tapi…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*