“Saya ”Deactivate” Bukan Sebab Komen-Komen Tu”, Permaisuri Agong Tampil Kongsi Punca Nyah Aktif Twitter

Kebelakangan ini kecoh di media sosial apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyahaktif akaun Twitter miliknya, @cheminahsayang.

Warga maya rata-rata percaya bahawa tindakan tersebut merupakan akibat daripada beberapa komen neg4tif dan biad4b individu tertentu terhadap perkongsian baginda di laman Twitter.

Berikutan itu, warga maya membanjiri Twitter dengan tanda pagar #AmpunTuanku untuk memohon baginda kembali berinteraksi bersama mereka di laman tersebut.

Terbaru, anakanda baginda, Tengku Puteri Raja Tengku Afzan Aminah Hafizatullah Sultan Abdullah berkongsi paparan skrin mengandungi penjelasan baginda terhadap tindakan menyahaktif akaun miliknya – ia bukan kerana komen biad4p tersebut.

Dalam paparan skrin berkenaan, Tuanku Permaisuri memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang lap0ran kepada pihak polis.

Sebaliknya, baginda mengatakan bahawa beliau menyahaktif atas sebab peribadi.

“Tolong.. saya menyahaktif akaun bukan sebab kecewa, s4kit atau mar4h dengan komen mereka. Saya langsung tak baca mahupun sedar akan kewujudan komen-komen tersebut.

“Ia tiada kaitan dengan komen tersebut.. Saya ada sebab peribadi sendiri. Tolong jangan buat sebarang lap0ran polis,” kata baginda melalui komen Instagram seperti dikongsikan oleh anakanda baginda di Twitter.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed memaklumkan pihak Polis Diraja Malaysia  (PDRM) telah menerima satu laporan polis berkenaan komen kurang sopan terhadap institusi diraja.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Siakapkeli

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya ”Deactivate” Bukan Sebab Komen-Komen Tu”, Permaisuri Agong Tampil Kongsi Punca Nyah Aktif Twitter"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*