“Eh! Anak Yang Nak Kahwin Bukan Saya” – Bakal Terima Menantu Lelaki, Rosyam Nor Tak Campur Hal Jodoh Anak

Penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor mendedahkan bakal menerima seorang lagi menantu lelaki hari ini.

Menurut Rosyam, anak keduanya, Nur Anis, 26, akan dinikahkan dengan pilihan hatinya yang berumur 29 tahun di Kuala Lumpur.

“Anak saya, Nur Anis akan berkahwin hari ini di Kuala Lumpur. Insya-Allah majlis resepsi akan diadakan pada hari Sabtu diikuti dengan majlis di sebelah pihak lelaki pada minggu hadapan

“Ini majlis perkahwinan anak saya yang kedua. Untuk kali ini majlis hanya dibuat secara sederhana memandangkan ekonomi sekarang tidak bagus,” katanya kepada Gempak.

Rosyam ditemui di majlis tayangan perdana filem Motif di e@Curve, Damansara semalam.

Tambah Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin menyatakan dia tidak mencampuri urusan pemilihan pasangan hidup anaknya.

“Eh! Itu anak saya yang nak kahwin bukan saya. Saya percaya dengan jodoh. Kalau dia memilih individu tersebut jadi baik buruk haruslah ditanggung dan diterima.

“Saya menguruskan dia sehinggalah dewasa dan kini bakal memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

“Alhamdulillah ada pihak yang inginkan anak saya, kalau tak ada lagi saya pening,” katanya lagi.

Selain Rosyam, filem Motif turut dibintangi oleh pelakon hebat seperti Sharifah Amani, Iedil Dzuhrie Alaudin, Taqim Zaki, Emma Tosh, Azhan Rani dan ramai lagi.

Filem arahan Nadiah Hamzah ini akan ditayangkan di pawagam mulai 26 September ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Malam tadi lepas Kuliah Maghrib sempat bergambar dengan @uaioriginal dan Jawatankuasa Masjid Kota Damansara

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Eh! Anak Yang Nak Kahwin Bukan Saya” – Bakal Terima Menantu Lelaki, Rosyam Nor Tak Campur Hal Jodoh Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*