OIC Pilih Datuk Seri Siti Nurhaliza Sebagai Penerima Anugerah Antarabangsa Malam Rania 2019

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa pada Malam Rania 2019 pada 6 September ini.

Malam Rania yang bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur akan turut dihadiri oleh delagasi kerabat DiRaja Arab.

Timbalan Pengerusi Muslim World Biz, Dr. Raja Laila Rani Dr Raja Mohamad Abdullah, berkata, beliau teruja apabila Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sendiri yang memilih Siti untuk menerima anugerah bertaraf antarabangsa tersebut.

“Saya sendiri teruja apabila pihak OIC keseluruhannya memilih Siti untuk menerima Anugerah Antarabangsa ini. Siti bukan sahaja penyanyi kesayangan rakyat Malaysia, bahkan beliau juga adalah ikon Wanita.

“Siti seorang penghibur yang sentiasa berimej bersih, pandai membawa diri, menjaga penampilan sebagai muslimah serta usahawan yang berjaya. Jadi pemilihan ini cukup tepat buat beliau,” katanya kepada Gempak.

Selain Siti, Heliza Helmi juga telah diundang untuk membuat persembahan bermesejkan ‘Save Gaza’ pada malam itu nanti.

Tambah Dr. Laila Rani lagi, Rania Award diambil sempena nama Permaisuri kepada raja Arab, Raja Abdullah.

Dalam pada itu Dr. Laila Rani turut mengalu-alukan kunjungan orang awam ke Pameran dan Persidangan Muslim World Biz ke-9 yang bakal diadakan pada 4 hingga 6 September ini  di Pusat Konvensyen KLCC bermula 10pagi hingga 6petang.

“Pihak kami menjangkakan sehingga 20, 000 pengunjung termasuk pelawat perdagangan, delegasi dan orang awam dari 57 negara ahli OIC sepanjang tiga hari acara berkenaan yang Bertemakan ‘Menerajui Pertumbuhan Ekonomi Mampan’.

“Pertubuhan Negara-negara Islam Sedunia merupakan Pertubuhan ke dua terbesar selepas PBB. Jadi penganjuran ini semestinya dinanti oleh semua usahawan seluruh dunia,” katanya.

Pameran dan persidangan anjuran OIC international Business Centre itu itu bakal disertai lebih 500 pempamer dalam dan luar negara.

Untuk makluman, Muslim World Biz juga membuka peluang buat artis-artis tempatan yang mempunyai produk tersendiri untuk membuka ruang perniagaan. Antara yang sudah bersama Muslim World Biz ialah Azza Elite, Iesya Toh, Linda Rafar, Diana Rafar, Diana Danielle, Abby Abadi, Yatt Hamzah, Datin Almy Nadia dan ramai lagi. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bila aafiyah jadi model tudung bawal @galeriariani 😍 outerwear @khatreena.ms

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "OIC Pilih Datuk Seri Siti Nurhaliza Sebagai Penerima Anugerah Antarabangsa Malam Rania 2019"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*