“My Handsome King…” – Gurauan Raja Permaisuri Ambil Gambar Agong Secara Dekat Cuit Hati Ramai

Pagi tadi telah berlangsungnya perar4kkan Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-62 di Dataran Putrajaya. Semestinya untuk sambutan Hari Kemerdekaan, Yang Di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong akan mencemar duli menghadiri perar4kan tersebut.

Seperti biasa, pasangan diraja yang sangat disayangi rakyat ini akan mencuri perhatian  semua dengan keramahan dan juga telatah bersahaja mereka apabila melihat perbarisan yang dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan.

Paling mencuri tumpuan semestinya gambar-gambar Yang Di-Pertuan Agong yang diambil oleh Raja Permaisuri Agong. Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga sempat memuat naik hasil ‘seninya’ di akaun Twitter.

 

Selain daripada itu, beberapa telatah spontan tuanku baginda Agong dan Raja Permaisuri Agong telah berjaya ditangkap oleh orang awam sepanjang sambutan hari Merdeka itu. Ternyata baginda berdua telah menjadi perhatian dan membuatkan rakyat teruja melihat kemesraan baginda.

Sehubungan dengan itu, menerusi Twitter baginda Raja Permaisuri yang menggunakan akaun cheminahsayang warganet telah memb4njiri ruangan komen dengan memuji telatah comel baginda raja permaisuri bersama Agong.

Para rakyat juga mendoakan kesejahteraan pemerintah negara kita itu agar sentiasa sihat dan diberikan kesejahteraan kepada mereka.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: cheminahsayang via OMM

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“My Handsome King…” – Gurauan Raja Permaisuri Ambil Gambar Agong Secara Dekat Cuit Hati Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*