Menjadi Burruan Para Wanita! Ini 5 Selebriti Kacak Berstatus Duda Yang Layak Digelar ‘Hot Daddy’..

SEJAK kebelakangan ini kisah penceraian pasangan selebriti hangat diperkatakan di media sosial.

Namun hakikatnya sebagai manusia mereka juga tak terlepas dengan ujian dalam berumah tangga.

Pada usia muda, beberapa selebriti lelaki tempatan terpaksa menjalani hidup bersendirian selepas mahligai cinta yang dibina bersama pasangan masing-masing musnah di tengah jalan.

Kali ini mStar senaraikan lima artis lelaki yang berstatus duda dan mempunyai anak. Walaupun bergelar bapa, mereka masih hot tau!

Fizo kembali solo selepas perkahwinan yang dibina selama enam tahun berakhir.

1. Fizo Omar

Merupakan seorang pelakon dan usahawan, Wan Hafizol Wan Omar atau lebih dikenali sebagai Fizo Omar bercer4i dengan isterinya yang juga seorang pengusaha tudung terkemuka, Mawar Abdul Karim pada Julai lalu.

Pencer4ian itu berlaku selepas enam tahun berkahwin.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Kemelut rumah tangga pasangan ini berjaya dihidu netizen apabila Fizo dikatakan menyambut Aidilfitri secara berasingan dengan Mawar dan anaknya.

Sam mengejutkan peminatnya dengan mengumumkan dia sudah bercer4i.

2. Sam Bunkface

Sam yang merupakan seorang vokalis, komposer dan gitaris kumpulan Bunkface bercer4i dengan penerbit rancangan di TV3, Aida Azira Husin pada penghujung Januari lalu selepas  tiada lagi persefahaman.

Sam atau Shamsul Annuar Mohd Baharom mengakui bercer4i dengan Aida selepas empat tahun mendirikan rumah tangga pada April 2015.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak bernama Maleeq yang kini berusia dua tahun.

Dengan memiliki darah kacukan Melayu dan British, tidak hairanlah penyanyi ini menjadi kegilaan para wanita selain merupakan abang kepada seorang pelakon, Siti Saleha.

Penampilan terkini Rashidi menjadi perhatian.

3. Rashidi Ishak

Setelah hampir 17 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti Rashidi Ishak dan Vanidah Imran mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk berpisah pada 9 Ogos 2018.

Persetujuan itu dicapai selepas usaha untuk memperbaiki hubungan mereka sebagai pasangan suami isteri menemui kegagalan.

Akibat daripada penceraian itu Rashidi mengakui mengalami kemurungan dalam tempoh tiga bulan pertama perpisahan.

Pasangan ini berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Mikhail Imran, 18, dan Mariyam Rashika, 15. 

Terbaharu, pasangan ini digandingkan bersama menerusi sebuah filem berjudul Daulat yang akan ditayangkan pada awal tahun 2020.

Along (Cham) dan bekas isteri, Zila berpisah dengan tal4k satu.

4. Along Cham

Berita pencer4ian pelakon dan pelawak, Along (Cham) seperti sudah dijangka selepas bekas isterinya, Zila Seeron ditangkap kh4lwat pada 13 Ogos 2016.

Along Cham atau Muhammad Nizamuddin Ahmad  dan Zila akhirnya mengambil keputusan bercer4i tal4k satu pada 29 Ogos 2016.

Hasil perkahwinan pada 23 Januari 2010 itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Danial yang kini berusia lapan tahun.

Bella ambil keputusan untuk bercer4i selepas kontroversi kes curang Aliff Aziz dengan beberapa wanita.

5. Aliff Aziz

Umum tahu penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz sering terpalit dengan kontr0versi kisah curang terhadap bekas isterinya, Bella Astillah atau nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah.

Bella akhirnya membuat permohonan cer4i secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac lalu selepas memiliki bukti video serta beberapa keping gambar perlakuan cur4ng bekas suaminya itu.

Malah Aliff pernah dikaitkan mempunyai skandal dengan beberapa selebriti wanita iaitu Afifah Nasir dan Oktovia Manrose.

Aliff dan Bella yang mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Menjadi Burruan Para Wanita! Ini 5 Selebriti Kacak Berstatus Duda Yang Layak Digelar ‘Hot Daddy’.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*