“Sesak Naf4s, Hilang Selera Makan, L0ya,”- Azhan Rani Munt4h Hingga 11 Kali!

Mencabar diri dalam aktiviti lasak, pelakon Azhan Rani berkongsi pengalamannya mendaki Everest Base Camp di Nepal, baru-baru ini.

Kongsi pelakon drama Nur itu, ekspedisi tersebut bermula pada 31 Ogos lalu, sampai ke puncak Kala Patthar pada 9 September, berjaya sampai ke Base Camp pada 10 September dan pulang ke Malaysia pada 17 September lalu.

“Perkara pertama yang saya fikir ketika sampai di puncak pendakian itu adalah rasa syukur dan mula rasa menginsafi diri.

“Banyak perkara yang saya lihat sepanjang perjalanan ke puncak, saya lihat ribuan golongan hidup dalam serba kekurangan yang tinggal di kawasan perkampungan di situ.

“Mereka tidak mempunyai kemudahan dan kelengkapan seperti kita, kereta pun mereka tidak pernah naik, malah ada yang tidak pernah melihat kereta,” katanya kepada MH ketika ditemui di majlis pelancaran filem Motif di E-Curve, Damansara pada Khamis.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

kat trek #everestbasecamp ni kalau ko nampak pendaki yang sunbathing pakai jaket terdampar macam kumpulan yak kenyang selepas meragut rumput tu maknanya pendaki tu dah banyak hari tak mandi.. atau dah tak de duit nak mandi.. di sini air panas adalah usd.. tak kisah la untuk minum, gosok gigi, atau masuk jamban asal air panas je ko kena bayar.. dari berbelas ringgit untuk guna hot shower sekali mandi sampailah hampir cecah rm50 kita sekali mandi mengikut ketinggian tempat ko nak tumpang mandi tu.. melainkan ko kebal dengan air sejuk yang macam dalam freezer tu haaaa free je… hazab dan padahnya ko tanggung sendiri…kat malaysia pula ko buka hot shower tu volume semaksimum mungkin pastu ko sibuk main main phone nyanyi lalalala .. pastu macam badak jumpa parit berjam2 kat dalam bilik air tu.. nikmat kita ada tak pernah didustakan.. tapi kita seringkali mendustai nikmat tersebut.. done tazkirah petang. #throwback 8 september 2019 #day9 بسم الله الرحمن الرحيم #periche – #lobuche #acclimatizeday @summit.attack.resources #sar #summitattackresources #nepal #everestbasecamp #sartoebc #mmjoutdoorcamp #risetopower #selamatharikemedekaanke62

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Dalam pada itu, Azhan turut menceritakan pelbagai cabaran yang dihadapainya seperti  berasa l0ya, munt4h-munt4h dan hilang selera makan sepanjang pendakian tersebut.

“Saya ada mengalami munt4h lebih kurang sebanyak sebelas kali, sembilan kali ketika mendaki, dan dua kali ketika turun, namun saya bersyukur dan gembira kerana berjaya pacakkan bendera Malaysia di atas puncak,” jelasnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

masa di katmandhu haritu dapat tau aku ada dalam salah satu pencalonan #abph2019 buat pertama kali dalam hidup… excited la aku bagitau acik2 ni.. kali pertama aku malu2 cakap.. “acik.. saya masuk abhp tahun ni” diaorang pandang aku setengah saat pastu diam.. pastu aku cakap lagi lebih berkeyakinan .. “acik, saya masuk abph tahun ni” diaorang pandang sesama sendiri pastu pandang depan takde reaction.. “aku cakap kali ketiga sambil mengalir air mata “acik, saya masuk abph tahun ni” .. diaorang pandang aku kemudian pandang depan sambil mengeluarkan air sireh pekat merah dari mulut diaorang.. pastu pandang aku balik dengan reaction .. ada ku kesah? #selamatkanpagi kejap lagi nak sembang pasal #abph2019 di @hotfm976 #sudi2kan🙏 #throwback #day2 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ @summit.attack.resources #sar #summitattackresources #nepal #everestbasecamp #sartoebc #mmjoutdoorcamp #risetopower #selamatharikemedekaanke62 #risetopower #acah2deep #acah2hiking 📸 @zainurimisfar

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Filem Motif mengisahkan seorang gadis yang m4ti dalam keadaan misteri lakonan hebat  hebat lain seperti Datuk Rosyam Nor, Sharifah Amani, Iedil Dzuhrie Alaudin, Taqim Zaki, Emma Tosh, Azhan Rani dan ramai lagi.

Filem arahan Nadiah Hamzah ini bakal ditayangkan di pawagam mulai 26 September ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : MH

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Sesak Naf4s, Hilang Selera Makan, L0ya,”- Azhan Rani Munt4h Hingga 11 Kali!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*