“Kenangan Sampai Cucu Cicit!” – Raja Sehari Teruja Bertemu Raja Sebenar

Kekecohan mengenai penutupan akaun Twitter Raja Permaisuri Agong sejak beberapa hari lepas langsung tidak menjejaskan kredibiliti serta kedudukan tertinggi pemerintahan negara.

KDYMM Agong serta Raja Permaisuri Agong masih lagi seperti sedia kala yang dikenali sebagai seorang yang mesra dan berjiwa rakyat.

Hal ini terbukti sekali lagi apabila Agong dan Raja Permaisuri telah bergambar mesra dengan satu pasangan pengantin yang sedang mengambil gambar perkahwinan mereka.

Langsung mencem4r duli dengan mengenepikan protokol diraja, Agong serta Raja Permaisuri dilihat mesra dengan pasangan tersebut yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan.

Gambar-gambar tersebut telah diperoleh menerusi Datuk Azuan Effendy yang turut sama berada di lokasi itu.

Gambar ini juga telah dimuat naik ke Facebook Sinar Harian dan mendapat pelbagai komen daripada warganet. Rata-rata bersama teruja dan kagum dengan kemesraan pemerintah negara yang sangat dekat dengan rakyatnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Sinar Harian, Datuk Azuan Effendy via OMM

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Kenangan Sampai Cucu Cicit!” – Raja Sehari Teruja Bertemu Raja Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*