‘Hanya Keajaiban Akan Menyelamatkan Dia’ – Ini Keadaan Terkini Baby Pramatang Seberat 0.5KG Abby Abadi

KUALA LUMPUR: Pelakon, Abby Abadi, memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan anaknya yang dilahirkan secara pembed4han, semalam.

Bintang siri Gerak Khas berkenaan melahirkan bayi lelaki dipanggil Baby D itu pada jam 10.43 pagi di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

❤️❤️❤️ . Serentak masukkan gambar yg sama cuma best memey rajin buat video.. @ridhuan.kamal ambilkan, kita ada gmbr je hehe.. jadi kita repostlah. Sampai kt pintu je Memey dgn Wan dpt ikut. Dorg tak dpt tengok Baby D sbb Mama dgn Abah je dibenarkan.. Terus doakan utk Baby D ye 🥰 . Posted @withrepost • @memeysuhaiza You are the reason #BabyD ❤️ We love u so much🥰 Tahniah mama @abby_abadi112 & abah @jaiezzany Sama2 kita terus doakan #BabyD terus kuat & sihat ye.. Tadi dtg ziarah mama,sambil2 pam susu utk stock Baby D.. mama pun sama buat stock susu.. Mama mummy bergabung supaya baby cukup keperluan utk terus membesar dgn sihat.. mudah2an…mohon terus sama2 kita istiqomah utk mendoakan mama @abby_abadi112 & #BabyD ye…❤️

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Ketika ini, bayi pram4tang itu masih ditempatkan di Unit Raw4tan R4pi Neonatal (NICU) hospital berkenaan.

Dalam perkongsian di Instagram, kira-kira sejam lalu, Abby berkata, selain jururawat, pelakon, Memey Suhaiza, turut membantunya memastikan si kecil dapat minum susu.

“Alhamdulillah… Antara usaha kami, pam susu badan untuk diberikan kepada Baby D. Terima kasih Memey kerana sudi datang tolong. Mey (Memey) turut memberikan sebotol (untuk anak). Saya cuma dapat sedikit, itu pun dengan bantuan jururawat,” kata Abby.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdullillah 🥰 @memeysuhaiza 😍 . Antara usaha kami, pam susu badan nk bagi pada Baby D… TQ Mey sudi dtg menolong juga. Kita dapat sikit je, itupun adik2 nurse tolong hehe.. Mey bagi sebotol dah. Ada dah stok susu badan utk seminggu sbb Baby D akan minum sikit2 je nanti 🙊 . PS: Doakan Baby D kita tau. Tak dpt nk cerita keadaannya. Hanya keajaiban yg akan menyelamatkan diaaa 😭😭😭

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Dia juga memaklumkan, mereka kini mempunyai bekalan susu untuk tempoh seminggu buat si kecil yang hanya mampu minum dalam kuantiti sedikit.

“Doakan Baby D saya. Tidak dapat hendak diceritakan keadaannya kepada umum buat masa ini. Hanya keaj4iban yang akan menyelamatkan dia,” luah Abby.

Abby terpaksa melahirkan bayinya itu ketika usia kandungan berusia 24 minggu selepas mengalami ‘turun dar4h’. Dia dimasukkan ke hospital berkenaan sejak lima hari lalu selepas berdepan masalah tekanan dar4h tinggi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Posted @withrepost • @jaiezzany My Love dunia akhirat @abby_abadi112 . Terlalu besar pengorbanan mu sayang, walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawamu . Pergorbanan yng terlalu sukar untuk dibalas…moga Allah berikan syurga untuk sayang. . Rehat ya sayang…. . Baby Boy Abah…Abah tahu baby kuat..baby nk jumpa mama, Baby nk jumpa Daiyan Dayana…baby nak jumpaAbang Kakak semua.. . Abah doakan moga Allah lindungi baby dan berikan kesihatan yang terbaik untuk baby… . Moga baby dapat nikmati kebesaran Allah, dapat menjadi hamba yang terbaik untuk Allah…dapat merasakan nikmatnya solat… . Ameen…moga Allah permudahkan . ❤️Ps; Mama sambung; Doakan Baby boy kami ni panjang umurnya ye Sahabat. Baru 24minggu umurnya. Dengan berat 540gm sahaja. Hanya ALLAH sahaja yg mampu menyelamatkan dia 😫🤕 . Bila tahu pasal darah tinggi waktu mengandung ni, mcm2 berlegar difikiran. Yelah dari apa yg dibgtau oleh Doc, dari pengalaman org keliling, dari bacaan sendiri.. seremmmm!! 😫 Kalau dulu tak pernah serius fikir nyawa ni buleh diambil anytime… skrg ni… rasa mcm…. berdebar2 jerr… skrg baby dah dilahirkan, tp masih ada lagi risikonya… terasa bagai lilin yg buleh padam bila2 masa je nyawa kami ni 🙊 . Mohon ALLAH SWT bg ruang & peluang utk Sy /Baby terus menjadi hambaNYA di dunia ini. Semoga ALLAH panjangkan umur Baby kami & nyawa Sy juga.. Amin 😘 #MohonDoaKalian #Doabulehmengubahtakdir

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Dua tahun lalu, Abby pernah mengalami kegvgvran ketika usia kandungannya berusia lima bulan, manakala pada 2016, bayi dikandung meningg4l dalam perut gara-gara tekanan dar4h tinggi.

Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015. Selain Baby D, mereka turut mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : BH Online

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "‘Hanya Keajaiban Akan Menyelamatkan Dia’ – Ini Keadaan Terkini Baby Pramatang Seberat 0.5KG Abby Abadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*