Jangan Tinggalkan Dua Amalan Sunnah Selepas Solat Subuh Dan Magrib

Pertama : Membaca sebanyak 10 kali, dalam keadaan masih duduk tahiyat akhir dan tidak berkata-kata, sehingga selesai bacaan :

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ, يحيي ويميت, وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“ Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mem4tikan, dan Dialah yang Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Kedua : Membaca sebanyak tujuh kali, sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan :

اللَّهُمَّ أَجِرْني مِنَ النَّار

“ Ya Allah, peliharalah aku daripada api ner4ka.”

Boleh juga membaca :

اللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّار

“ Ya Allah, peliharalah kami daripada api ner4ka.”

Apakah fadilat amalan yang pertama?

Hadis daripada Abu Zar berkata, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata sebanyak sepuluh kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan (d0sa), diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbentang daripada sy4it4n, serta tidak ada suatu d0sa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali sy1rik (menyekvtukan) Allah’. ” (Riwayat at-Tarmizi dengan sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa at-Tarhib: 1/306)

Imam an-Nasa’I menambah, “ Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba.”

Imam at-Tabrani menambah, “ Dan baginya setiap apa yang dibacanya pahala membebaskan seorang hamba daripada anak Nabi Ismail dengan harga seorang daripada mereka 12000.”

Apa pula fadilat amalan yang kedua?

Hadis daripada al-Harith bin Muslim daripada ayahnya berkata; Nabi S.A.W bersabda, “ Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “ Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu men1ngg4l pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api ner4ka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Magrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu men1ngg4l pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api ner4ka.” (Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i)

 

Semoga menjadi amalan dalam membolehkan kita mendapat keampunan daripada Allah S.W.T serta ditempatkan di SyurgaNya..insyaAllah 🙂

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Nasihatustazz

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Jangan Tinggalkan Dua Amalan Sunnah Selepas Solat Subuh Dan Magrib"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*