Istana terbiar di Singapura dianggar bernilai RM14.2 bilion ini dimiliki oleh Tunku Mahkota Johor

Sebuah istana terbiar yang dikenali sebagai Istana Woodneuk terletak di tengah-tengah bandaraya yang mempunyai nilai hartanah termahal di dunia iaitu di Singapura dan pemiliknya ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Istana terbiar dan berada dalam keadaan yang usang seluas 210,875 meter persegi terletak di sebuah tanah yang dahulunya dikenali sebagai Tyersall Park. Walaupun ia terletak di atas tanah yang amat mahal nilainya di Singapura, ia tidak boleh dijual. Nilai hartanah dan istana ini dianggarkan berharga RM14.2 bilion menurut harga pasaran.

 Minaoh

Istana Woodneuk menjadi inspirasi bagi penulis novel ‘Crazy Rich Asian’, Kevin Kwan yang menjadikan istana ini sebagai rumah warisan keluarga bagi keluarga fiksyen Young yang mempunyai hartanah di Tyersall Park di Singapura.

State Of Buildings

Walau bagaimanapun, pemilik sebenar istana ini ialah kerabat diraja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan pewaris takhta Johor.

Pinterest

Istana ini telah dibina oleh moyang Tunku Ismail pada awal abad ke-19 dan pernah dimiliki oleh Kapten John Dill Ross. Pada tahun 1860, istana ini yang dikenali sebagai Woodneuk House telah dijual kepada Sultan Sir Abu Bakar Ibni Al-Marhum Tun Temenggung Raja Daing Ibrahim. Baginda kemudian telah menukar namanya kepada Istana Woodneuk.

 Noel Boyd

Walaupun pada mulanya lot hartanah yang dimiliki oleh kerabat diraja Johor ini lebih besar daripada yang ada kini, ia telah dikecilkan oleh kerajaan Singapura yang menjadikan sebahagian tanah di sekitar istana itu sebagai Taman Botani yang kini menjadi Tapak Warisan Unesco.

 

 Bloomberg

Menurut Bloomberg, pada tahun 1990, kerajaan Singapura telah membeli sebahagian tanah ini pada harga RM75.3 juta dan pada tahun 2009, sebahagian 98,000 meter persegi telah dibeli pada harga yang tidak didedahkan.

 

Daniel Cheong/flickr

Istana ini pernah mengalami kebakaran pada tahun 1925 dan kemudian telah dibina semula dan siap sepenuhnya pada tahun 1935.

 Singapore Tales

 Minaoh

Walau bagaimanapun, selepas kerajaan Singapura mengambil alih Tyersall Park pada tahun 1990, istana ini yang pada mulanya dijaga dengan baik, telah ditinggalkan dan menjadi usang.

Walaupun harga pasaran bagi istana dan tapak tanah ini bernilai RM14.2 bilion, Tunku Mahkota Johor tidak boleh menjualnya kerana status tanah ini yang dinyatakan sebagai rizab ‘kegunaan istimewa bagi lapangan hijau’. Ini bermakna tapak tanah ini tidak boleh dimajukan untuk kegunaan komersial atau tujuan penempatan.

 

 Minaoh

Kini, kita sudah mengetahui mengapa tapak kecil istana ini begitu bernilai tinggi kerana kerajaan Singapura meletakkan status tanah ini dengan kegunaan yang terhad.

Dengan pembangunan pesat di Singapura dan pemilik tanah di negara itu hanya terdiri daripada golongan berada dan kaya, istana ini terus terbiar dengan nilai harga pasarannya yang begitu tinggi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: SAYS via EraBaru

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Istana terbiar di Singapura dianggar bernilai RM14.2 bilion ini dimiliki oleh Tunku Mahkota Johor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*