Doa Rasulullah SAW Baca Sebaik Solat Dhuha, Bagi Rezeki Mengalir Lancar

Rupanya Doa Ini Rasulullah SAW Baca Sebaik Solat Dhuha, Bagi Rezeki Mengalir Lancar

Ramai di antara kita, melakukan solat sunat dhuha dengan pengharapan agar Allah memberikan rezeki kepada kita sebanyak-banyaknya. Rupanya ada doa, yang Rasulullah SAW baca sebaik baginda rasul selesai melakukan solat sunat dhuha. Amalan inilah yang kelak memastikan rezeki mengalir lancar.

Inilah yang dikongsikan oleh Puan Pidah Buyar yang membetulkan perkaitan solat dhuha, rezeki dan diri kita sebagai penerima rezeki.

Inilah Doa Yang Rasulullah SAW Baca Sebaik Selesai Solat Dhuha

Solat Dhuha selalu dikaitkan dengan urusan rezeki, kebanyakan dari kita setelah solat Dhuha doa minta kelancaran rezeki. Itu yang sering dilakukan… Tapi tahukah anda apa doa Rasulullah SAW setelah solat Dhuha?

Apa doanya?

Dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, ia berkata bahawa Rasulullah SAW selesai solat Dhuha, baginda mengucapkan:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ

ALLOHUMMAGHFIR-LII WA TUB ‘ALAYYA, INNAKA ANTAT TAWWABUR r0hIIM..

(Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang) – sampai beliau membacanya seratus kali. (HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619)

Doa ini dibaca seratus kali setiap solat dhuha.

Rupanya Doa Ini Rasulullah SAW Baca Sebaik Solat Dhuha, Baru Rezeki Mengalir Lancar

Bukan Rezeki Tidak Datang…

Mengapa doa Rasulullah SAW tiada berkaitan dengan rezeki?

Kata orang solat Dhuha untuk memperlancar rezeki. Jadi begini… Bukan rezeki yang tidak datang tapi d0sa-d0sa kita yang menghalangi rezeki itu masuk. Kalau d0sa-d0sanya sudah diampuni, Insya Allah rezeki mengalir lancar kerana penyumbatnya, penghalangnya (d0sa) sudah tidak ada.

Doanya dibaca 100x, Pagi kan kita sibuk kerja, banyak urusan, kalau harus baca 100x sambil duduk di tempat solat mungkin tiada kesempatan, jadi bagaimana??

Doanya boleh dibaca sambil membuat kerja, kerja sambil dalam hati baca doa.

Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya”
(HR. Muslim no. 1893).

Ilmu Harus Diamalkan Agar Menghasilkan manfaat. Dan Ilmu Harus Disebarluaskan Agar Menjadi Tabungan Kebajikan. Ilmu itu tidak dinamakan ilmu selagi mana ia tidak diamalkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber/Foto : Pidah Buyar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Doa Rasulullah SAW Baca Sebaik Solat Dhuha, Bagi Rezeki Mengalir Lancar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*