“Dari 46 Kilogram, Saya Turunkan Berat Badan Sehingga 43 Kilogram…” – Mimi Lana

Pelakon tinggi lampai, Mimi Lana, 24, tidak ambil pusing mengenai beberapa komen yang menegur keadaan fizikalnya yang kurus.

Namun begitu, pemilik nama sebenar Mimi Roziana Zainal Abidin ini pelik melihat sikap segelintir wargamaya yang terlalu bersungguh-sungguh menegur berat badannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siapa nak mengorat abang i kena dapat approval i dulu ok 😜 #filempusaka

A post shared by MIMS (@missmimilana) on

“Saya tak kisah ramai orang tegur saya kurus kerana memang saya kurus. Tetapi apa yang saya hairan, bila ada sesetengah netizen yang kelihatan bersungguh-sungguh seperti merayu apabila menegur berat badan saya.

“Komen seperti ‘eh kamu kurus sangat, tolonglah jangan kurus sangat’ membuatkan saya rasa pelik. Mungkin mereka risau tapi keadaan kesihatan saya baik-baik sahaja, Alhamdulillah,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I woke up at 6am and took this selfie for you . No I’m just kidding 😂 Close up from yesterday . Thank you @adikzwan . Love 💖

A post shared by MIMS (@missmimilana) on

Mimi ditemui di majlis pelancaran filem Pusaka di Restoran Subak, Sungai Pechala pada Khamis.

Menjayakan watak Nur dalam filem Pusaka, Mimi menyahut cabaran untuk menurunkan berat badan bagi merealisasikan kar4kter yang telah diamanahkan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#ABPBH32 . Suit: @rizmanruzaini #rizmanruzaini Stylist: @aizataidid #styledbyaizataidid

A post shared by MIMS (@missmimilana) on

“Saya membawa kar4kter Nur, kembar tidak seiras kepada Nuar lakonan Syafiq Kyle. Tubuh badan Nur harus kelihatan kurus dalam filem ini.

“Jadi, untuk merealisasikan watak Nur, saya berdiet dan menjaga pemakanan. Sebelum filem bermula, berat badan saya 49 kilogram. Saya berjaya menurunkan enam kilogram dan ketika penggambaran, berat badan saya 43 kilogram.

“Berat badan saya memang senang turun dan naik. Kini, selepas selesai penggambaran, berat badan saya kembali ke 49 kilogram,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Last day for Nadia . #7netizen ⛱ . . 📸 @naomilarra

A post shared by MIMS (@missmimilana) on

Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director’s Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Selain Syafiq dan Mimi, filem ini turut menampilkan pelakon seperti seperti Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Dari 46 Kilogram, Saya Turunkan Berat Badan Sehingga 43 Kilogram…” – Mimi Lana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*