Cristiano Ronaldo Ingin Cari Wanita Yang Memberikannya McDonald’s Ketika Kecil

Siapa yang tidak kenal Cristiano Ronaldo, pemain bola sepak terkaya di dunia. Namun disebalik kejayaannya, Ronaldo mendedahkan bahawa dia dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan.

Dilanda kesempitan hidup, Cristiano yang merupakan anak bongsu dari 4 beradik pernah berkongsi 1 bilik bersama adik beradiknya yang lain ketika dia kecil. Ibunya merupakan seorang tukang masak manakala bapanya pula seorang tukang kebun.

Dalam satu temubual bersama pengacara terkenal Piers Morgan baru-baru ini, lelaki berusia 34 tahun itu mendedahkan bahawa dia sentiasa hidup dalam kelaparan semasa membesar, dan ketika dia berusia sekitar 11-12 tahun, dia pernah meminta makanan dari restoran McDonald’s di sebelah stadium di mana dia tinggal.

Dia bersama rakannya akan mengetuk pintu belakang restoran itu dan seorang wanita bernama Edna bersama 2 orang perempuan lain akan memberikan mereka burger yang tidak habis pada hari itu.

Cristiano cuba mencari wanita itu untuk membalas jasanya dengan bertanyakan kepada penduduk tempatan di Portugal namun tiada yang mengenali wanita-wanita itu. Malah restoran McDonald’s itu juga telah ditutup.

Namun Piers telah mengkhabarkan semalam di Twitter bahawa mereka mungkin telah menemui Edna.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Daily Star via HCL

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Cristiano Ronaldo Ingin Cari Wanita Yang Memberikannya McDonald’s Ketika Kecil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*