“Barang nak rare tapi nak free!” – Peniaga ‘spare part’ motor kecewa dengan Tajul berkira

Niat tajul untuk meminta tajaan disalah erti seorang lelaki.

PENYANYI Tajul menjelaskan isu bagi mendapatkan tajaan alat ganti pada bahagian motosikal miliknya yang menjadi buah mulut netizen di laman sosial sebagai salah faham.

Menurut Tajul atau nama sebenarnya Tajul Arif Noor Md Shari, 21, salah faham itu berlaku apabila pemilik bengkel alat ganti berkenaan yang dikenali sebagai Nobysan membuat andaian bahawa dia ingin membeli peranti motosikal itu daripadanya.

Bagaimanapun Tajul tidak menyangka pertanyaan awal mengenai sama ada individu terbabit bersedia untuk menajanya ditularkan di media sosial.

“Untuk pengetahuan semua, aku sekadar bertanya sahaja dengan seorang hamba Allah ni, boleh kah sponsor aku pam Brembo. Kalau tak boleh tak mengapa, aku tak paksa. Aku faham mungkin kau tak mampu. Cakap awal-awal senang.

“Apabila dah deal untuk jumpa, aku ingatkan dia ok nak sponsor. Tahu-tahu dia post viralkan aku dekat Facebook.

 

Antara kenyataan dimuat naik pemilik alat ganti di laman Facebook.

“Apa salah aku? Aku cuma tanya sahaja. Tak paksa pun dia sponsor,” ujarnya.

Selain itu, Tajul turut berang dengan tindakan lelaki itu yang memilih untuk menularkan mengenai hal itu daripada berbincang secara baik untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kata Tajul, dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tlndakan und4ng-und4ng terhadap individu berkenaan.

“Sepatutnya bawa berbincang, bukan canang dekat Facebook.

 

Tajul membuat penjelasan mengenai salah faham berkenaan.

“Kalau dia cakap tak boleh nak sponsor, aku boleh beli sahaja.

“Dia cakap nak padam status dekat Facebook, kita tengok sajalah. Kalau dia tetap nak berkeras, aku akan ambil tindakan,” ujarnya.

Terdahulu, seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyanyi lagu Melamar Rindu itu selepas Tajul meminta tajaan daripadanya.

Difahamkan perkara itu bagaimanapun telah diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : mStar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Barang nak rare tapi nak free!” – Peniaga ‘spare part’ motor kecewa dengan Tajul berkira"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*