Video Kanak-Kanak Baca Al-Quran Sambil Dodoi Adik Dipuji Ramai!

Mendengar alunan bacaan Al-Quran dapat menenangkan hati dan jiwa buat yang beragama Islam. Apatah lagi yang membacanya memiliki suara yang cukup lunak merdu.

Menerusi sosial media satu video yang memaparkan seorang kanak-kanak sedang mendodoikan adiknya yang masih bayi sambil membaca Al-Quran tular sejak beberapa hari lalu.

Video tersebut yang kemudiannya dikongsikan semula di Instagram Sinar_my meraih hampir 96,000 tontonan.

Bacaan kanak-kanak itu sangat lancar. Di awal video, bayi yang berada di atas ribanya itu  kelihatan menguap sehingga akhirnya terlena.

Korang tonton sendiri rakaman yang dikongsikan ini:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Baiknya akak ni bacakan ayat suci Al-Quran dekat adik dia. Sejuk perut ibu dia mengandungkan dia. Semoga jadi anak yang solehah ya! 😄#sinarkongsi Kredit Facebook

A post shared by SINAR (@sinar_my) on

Rata-rata netizen yang menonton rakaman ini memuji kanak-kanak tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Bukan perut ibu dia je sejuk, perut acik pun sejuk

“Kecik lagi dah pandai baca al-quran…Semoga anak2 saya pn camni jgak nanti. Kne didik dr kck”

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Sinar_my via HCL

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Video Kanak-Kanak Baca Al-Quran Sambil Dodoi Adik Dipuji Ramai!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*