“Hati Kering oo Pergi Mintak Nak Jaga Anak Orang” – Amir Raja Lawak Imbau Kenangan Merisik Isteri Dengan Seorang Sahabat

Anggota kumpulan WASAP, Amir berkongsi semula kenangan ketika pertama kali merisik isterinya, Nur Intan Syafinaz Shaari bersama seorang sahabatnya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Amir berkongsi semula gambar ketika diambil semasa hari kejadian.

“Masa pergi merisik wife @intan.saari saya dulu, pegi berdua je dengan sahabat saya Azrai.

“Hati kering oo pergi mintak nak jaga anak orang macam tu je. Masa ni juga saya aktif jual sabun basuh pakaian, buat delivery sendiri ke rumah customer.

“Sapa pernah beli dulu dengan saya? Sekarang tak jual dah sabun, saya jual @airjagungamirreka_hq pula,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata kagum dengan keberanian yang ditunjukkan oleh Amir dalam menghalalkan pasangannya.

“@mizie77_: Hebat demo @amirrajalawak pergi mintak sendiri anak orang.”

“@saimieisma: Nak buat masjid Amir. Takut gapo dop.”

“@_izzulislam: Bagus Amir. Tak malu buat kerja itu ini. Rezeki ini luas, siapa usaha dia akan dapat.”

Selain Amir, kumpulan WASAP turut dianggotai oleh Syura dan Wan Gegau.

Dalam perkembangan lain, Amir kini muncul dalam program Muzikal Lawak Superstar (MLS) bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Instagram amirrajalawak /gempak 

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Hati Kering oo Pergi Mintak Nak Jaga Anak Orang” – Amir Raja Lawak Imbau Kenangan Merisik Isteri Dengan Seorang Sahabat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*