“Aku moisturizer RM89 pun dah rasa mahal” – Baru 11 Tahun Tapi Produk Skincare Dah Cecah Ribuan Ringgit!

Zaman sekarang ni kalau video tutorial make upatau skincare routine bukan sesuatu yang baru kan? Terutamanya kalau orang tu influencer ke selebriti ke, lagilah orang nak tahu produk yang dorang guna.

Baru-baru ni kecoh di Twitter tentang seorang kanak-kanak dari Korea menggunakan produk skincare yang sangat mahal hingga mencecah puluhan ribu ringgit!

Pakai produk La Mer

La Mer adalah produk mewah terkenal dan juga merupakan anak syarikat Estee Lauder. Bagi yang tak tahu, memang produk La Mer berharga ribuan ringgit dan kini boleh didapati di Malaysia..

“Kenapa mahal sangat?”

Ramai netizen mempersoalkan harga produk La Mer ni tapi yang paling jadi bualan dan topik hangat adalah kanak-kanak tersebut yang dah pakai produk mewah tu walaupun baru berusia 11 tahun.

Rupa-rupanya, influencer dari Korea

Kanak-kanak itu rupa-rupanya merupakan seorang influencer cilik terkenal dari Korea iaitu Ella Gross dan juga merupakan ambassadoruntuk La Mer bagi kempen Blue Heart Dive.

Ella yang juga merupakan kacukan Korean-American adalah trainee serta pelakon dan model di bawah naugan The Black Label, YG Entertainment. Ella juga lebih dikenali dengan nama ‘Little Jennie’ di Korea.

“Weh mahal gila”

Ramai netizen terkejut dengan harga produk La Mer ni tapi mereka juga faham sudah tentu Ella dapat semua tu secara percuma memandangkan dia ambassador La Mer.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: LobakMerah

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Aku moisturizer RM89 pun dah rasa mahal” – Baru 11 Tahun Tapi Produk Skincare Dah Cecah Ribuan Ringgit!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*